09 October, 2023

Souq Shoppe di Putrajaya


Souq Shoppe di Putrajaya | Siapa dah habis pusing Putrajaya?nieyl yang duduk dekat dengan Putrajaya ni pun tak habis-habis pusing tau. Bulan lepas husband nieyl plan nak bawa Iman dengan Raisya keluar jalan-jalan sekejap sebelum sesi persekolahan bermula. Macam nieyl ni kena ada mood berjalan baru seronok, so..pada hari yang husband ajak tu mood jalan tak sampai lagi jadi nieyl ajak husband bawa budak-budak pergi jalan-jalan area Putrajaya je. Dekat dan tak penat sangat nak duduk dalam kereta lama-lama.  Jadi, nieyl pun cari la beberapa tempat yang sesuai untuk budak-budak bergambar, jumpalah Souq Shoppe ni dekat dengan Masjid Putrajaya. Sebelum ni nieyl pernah pergi tapi masa tu masih belum ada tempat bergambar ni. 

Jomlah layan beberapa gambar yang boleh mengambarkan keadaan dalam tempat tu, yang penuh dengan sejarah Putrajaya dan dekorasi yang sangat cantik.









Korang kalau tak tahu nak bawa anak pergi mana, bolehlah bawa datang sini promotion harga di atas sampai Disember 2023. Tapi dengan harga murah ni korang jangan la expect lebih tau, pada nieyl harga dengan pengalaman dalam tu ok , best dan budak-budak enjoy dapat bergambar dan menikmati dekorasi dalam tu walaupun dalam tu tak sampai 1 jam pun..hopefully di masa akan datang, Putrajaya boleh buat lebih dari yang ada sekarang, sebab tempat tu memang best tapi pendek , tak puas. 





4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)