Ayam Masak Kicap Cara Nieyl | Salah satu masakan yang paling nieyl suka masak dan suka makan adalah ayam masak kicap. Selalunya kalau masak kicap ni, memang sentiasa habis dimakan ya. Ada orang jenis suka masak kicap kering, tapi nieyl lebih suka ada kuah-kuah sikit dan wajib ada dalam ayam masak kicap nieyl adalah tomato dan cili api. yumyum...
Moh nieyl share resepi nieyl yang tak seberapa ni kot-kot lah ada yang nak try ke kan walaupun cara masak dia, semua hampir sama je.
Bahan-Bahan
Ayam - Goreng (jangan garing sangat nanti keras)
Halia - hiris boleh, nak ketuk pun boleh
Bawang putih -Kisar
Bawang Merah- dihiris bulat
Kayu Manis
Bunga Lawang
Cili Kering -Kisar
Kicap
Cili Api - tak perlu potong (nak potong pun boleh)
Tomato - Potong 4
Serbuk pati ayam (kiub pun boleh)
Gula sikit
Garam sikit kalau tak masin
Ayam - Goreng (jangan garing sangat nanti keras)
Halia - hiris boleh, nak ketuk pun boleh
Bawang putih -Kisar
Bawang Merah- dihiris bulat
Kayu Manis
Bunga Lawang
Cili Kering -Kisar
Kicap
Cili Api - tak perlu potong (nak potong pun boleh)
Tomato - Potong 4
Serbuk pati ayam (kiub pun boleh)
Gula sikit
Garam sikit kalau tak masin
Cara Memasak
1) Goreng ayam setengah masak ataupun jangan terlalu kering
2) Guna minyak yang goreng ayam sikit untuk menumis bawang putih, cili kisar, kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
1) Goreng ayam setengah masak ataupun jangan terlalu kering
2) Guna minyak yang goreng ayam sikit untuk menumis bawang putih, cili kisar, kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
3) Bila dah pecah minyak, boleh masukkan cili api dan kicap
4) Gaul rata, masukkan tomato, bawang yang dihiris bulat
5) Nieyl suka letak guna sikit dan serbuk pati ayam..
6) kacau-kacau, siap!
Selain tomato, nieyl suka juga gantikan dengan ubi kentang, tapi make sure ubi kentang tu goreng dulu tau..dan ada korang boleh juga letak daun kucai, kacang panjang.. sedap!!
Selamat mencuba!
Ayam goreng kicap memang sedap..skrg lebih banyak makan ayam berbanding ikan kan..ayam je murah, ikan mahal giler
ReplyDeletesedap nampak tu. sama la. kak ayu pun suka masak kicap yg mcm ni... berkuah skt...
ReplyDeletewow nampak sedap dan pekat.. sedapnya makan time sejuk2 ni
ReplyDelete