Friendly Polo Match| Sebelum ni nieyl ada buat entry pasal polo juga kalau ada yang tak baca. boleh baca sini ya. Tournament Polo Agong's Cup ni bermula 1- 14 Oktober 2023, kira grand final pada 14 Oktober, tapi masa final ni nieyl tak pergi pun sebab Pahang tak main dan lagipun tak ada fans meeting. Jadi, nieyl pergi untuk friendly polo match pada 15 Oktober (ahad). Pagi ahad tu nieyl pergi pasar dulu, balik pasar, terus masak untuk mak dengan husband, lepas tu baru nieyl siap-siap untuk 'me time'. Husband nieyl memang beri kebebasan untuk buat apa yang nieyl suka, kalau "me time"pun sama juga. Sebab itulah nieyl jadi happy wife hehehe..
Dalam pukul2.30 petang nieyl dah gerak pergi equestrian park putrajaya, jarak dengan rumah dalam 10 minit je. Kena pergi awal untuk dapat seat depan dan paling luas pemandangan. Persediaan yang wajib adalah bawa kipas dan powerbank ya. Masa ni panas tau, nieyl duduk dekat seat yang tak ada bumbung, seat tempat ni yang paling dekat dengan khemah royal pahang dan juga paling hot seat. Memang hot la kawan-kawan panas weh, nasib baiklah orang sebelah ada bawa payung, orang belakang bawa payung, bila dieorang buka payung secara tidak sengajanya nieyl berteduh juga rezeki payung orang hehehe.
Masa ni game dah habis dah, nampak tak ramai kan manusia. Itu side nieyl je, side belah sana tu pun ramai lagi. Yang depan-depan tu tengah tunggu Tengku Hassanal, Tengku Ahmad, Tengku Muhammad untuk jumpa fans. Masa ni nieyl relax je dekat tempat duduk nieyl tu, melihat gelagat orang, sebab nieyl kan dah penah bergambar kan, jadi..bagilah peluang dekat orang lain pula yang memang tak pernah jumpa face to face ni. Tapi kan sebenarnya yang datang hari tu semuanya muka-muka selalu datang tapi ada je yang pertama kali datang. Misi nieyl pada hari itu adalah nak repeat selfie dengan Tengku Hassanal, sebab yang lepas tu ramai sangat masuk dalam frame nieyl, tapi cuba nasib je kalau dapat, kalau tak dapat tak apa la..tak ada rezekilah namanya tu.
Time ni Tengku Hassanal dah start jumpa fans dia sebab dia dah janji hari jumaat lepas nak jumpa fans ahad ni, jadi tepati janji orangnya. Time ni nieyl masih santai-santai je lagi, sembang-sembang dengan kawan-kawan baru dekat sana. Peminat family Royal Pahang ni pergi mana-mana pun memang ramai. Hari tu yang jelajah borneo tu tengoklah, lepas tu dekat Putrajaya pula. Tapi nieyl memang respectlah mereka penat-penat pun tetap layan fans sampai habis tau korang. Ha..artis pun nieyl rasa tak macam ni.
Dapat sticker Royal Pahang 2 keping, nieyl simpan satu dekat opis dan satu dekat rumah kenangan.
Daripada santai-santai tadi kan, tahu-tahu dah sampai dekat Tengku. Banyak je sebenarnya gambar tapi kita simpan sendiri jela ya, sekeping ni pun dah memberi kenangan manis dah. Ini gambar ke dua nieyl selfie dengan Tengku. Kali ni better sikit dari yang hari tu kan, haha..tak apa, nanti ada rezeki , kita ambil lagi okay.
Yang ni, kalau siapa tak kenal, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tengku Muhammad pun ramai juga fans dia. Masa ni hari Jumaat, dia jumpa fans tapi tak lama sekejap je..ramai je yang tak dapat bergambar dengan dia. Kalau nak tahu, paling susah nak bergambar tau,siapa yang dapat tu memang rezeki dia la tu.
Yang ini pulak, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ataupun Tengku Ahmad. Paling muda dan ramai fans dan suka layan fans sampai malam tau, bagus sangat dia tak mengecewakan fans dia. Semua dapat sama rata. Nieyl dah pernah selfie berdua dengan dia, jadi ahad haritu nieyl jumpa je tak bergambar pun.
Yang ni pula Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Puan ramai fans juga. Tak lokek dengan senyuman, dan masa hari ahad tu dia datang dengan wife dia dan anak-anak juga. Suami isteri sangat baik melayan fans.
So, now rasa rindu pula nak pergi padang polo sebab dari 1-14hb tu nieyl pergi dah 5x hehehe. Insya'Allah tahun depan akan ada lagi tournament polo. Oklah korang, habis dah cerita "me time nieyl di padang polo"hehehe..♥
wah...untung nieyl...tp mmg lah, tgok Royal Pahang nie setia melayan fans...salute lah kat diorg...
ReplyDeleteaah..betul, nieyl rasa ini first royal family yang ramai fans hehehe..
Deleteni nak tgk polo ke... nak tgk anak agonh ni🤭😁
ReplyDeletehahaha..2 in 1..
Deleteaww.. bestnya jmpa anak raja hihi.. paling best sebab menang
ReplyDeletehehe..rezeki dpt jumpa sebelum agong balik pahang, lepas ni x leh nak jumpa dah mcnie...
Deletewah..rajin nieyl tu.. gi padang panas2 tu.. but kalau dah minat kan, no hal je.. kipas kan ada
ReplyDeleteklu ckp panas, serius mmg panas terik kot hahaha..tapi disebabkan ahad tu last day kan, ku gigihkan juga la tau , nasib baik ada kipas walaupun kecil , sangat membantu hahaha
DeleteTengku Hassanal ramai peninat termasuk di Sarawak
ReplyDeleteBetul2..Tengku Hassanal pilih sarawak , Tengku Muhammad pilih sabah
Deletewah syok Nieyl jumpa royal family ni, Tengku Hasanal lagi tu ... bertuah Nieyl :)
ReplyDeletewahhh
ReplyDeletehemsemm dia
Kalau polo berkuda ni selalunya suka anak raja dan golongan elit kan. Bertuah u dapat jumpa Tengku Hassanal.
ReplyDelete