18 October, 2023

First Time Try Pasta Panas

 

First Time Try Pasta Panas | Dah beberapa minggu sebenarnya niey teringin nak makan Pasta Panas ni, selalu je lalu dekat Instagram nieyl, itu lagilah membuatkan nieyl nak try. Weekend baru ni nieyl google nak cari branch yang balik dekat dengan nieyl ada 1 dekat Petronas Cyberjaya. Petang tu terus ajak husband pergi beli. 
Masa sampai-sampai tu ada seorang dua je yang tengah tunggu makanan. Tempat dia ni macam style kedai kontena je, nasib dieorang sediakan kerusi jadi boleh duduk dulu sementara nak tunggu makanan siap. Masa tunggu masakan nieyl dimasak tu, nampaklah ada 3 orang pekerja, semua perempuan, adik2 muda, baguslah rajin kerja, tak buang masa kan..tak kisahlah kerja apa pun yang penting dapat jana pendapatan sendiri dan bantu keluarga.

nieyl order Spicy Shoyu Mac beef, dia makaroni , cheese , cili api dan juga daging. Nieyl memang tak pernah makan pun tapi tak tahulah kenapa nieyl boleh order yang ini sebenarnya dalam teka nak makan mac and cheese je pun hahaha. Tapi tak apa lah, dah order dan bayar kan, takkan nak tukar, jadi redha je lah ya.. Balik rumah je terus makan sebab kalau tak dia tak sedap, kena makan masa panas-panas. Tapi sayang lah, nieyl makan tak habis pun. Sebab mungkin rasa tak kena dengan selera nieyl cheese dengan cili api sangat tidak sesuai ya... Next time nieyl nak try yang lain pula..
Yang ini nieyl memang suka, sedap, rasa lemak berkirim dia tu aduhai, tapi ini husband nieyl punya. Dia kata sedap tapi kena makan cepat, lepas tu jangan minum air sebab dia akan jadi muak. Jadi keseluruhannya nieyl kecewa dengan pilihan nieyl tu tapi tak apa lah, nanti kita try menu lain mana tahu lagi sedap kan.

5 comments:

  1. makan pasta baca bismillah lu., hehe

    ReplyDelete
  2. yum yum sedapnya, kat shah alam ni ada kedai pasta panas mmg sedap2

    ReplyDelete
  3. ammi penah order from grab dari branch DU kalau tak silap...sedap juga

    ReplyDelete
  4. Setujuuuu. Saya suka pedas, saya suka keju. Tapi 2 hal ini memang tak cocok digabungkan 😄. Hanya saja kalo pasta, saya memang lebih sukanya creamy dan cheezy. Tak pas kalo pedas.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)