Kenapa memilih untuk menulis blog? | Soalan ni patut kena tanya juga dekat sahabat-sahabat yang baca entry ini. Kenapa korang pilih untuk menulis blog?Masa tahun 2009, itu tahun di mana nieyl kenali dunia blog. Buat blog ketika untuk hanyalah untuk menulis apa yang nieyl rasa bila ada masalah dan bila rasa nak meluahkan. Sebelum pandai menulis blog ni, nieyl bermula dengan menulis dalam buku ala-ala diary. Bila tahun berganti tahun,tahu tentang blog dan nieyl pun bermula dengan blog yang banyak tentang diri ketika itu. Lama-lama itu follower makin meningkat, dan nieyl akan follow back yang mana follow blog nieyl tu. Dan nieyl cuba untuk BW semula blog-blog yang meninggalkan komen-komen yang positif, yang negatif tu nieyl delete dan block nieyl tak nak blog nieyl kotor dengan kata-kata orang yang otak tak betul. (pengalaman). Sebab nieyl buat blog bukan memaksa orang untuk follow, ataupun baca.
Me Time
Pada nieyl setiap perempuan ataupun lelaki perlukan "me time" untuk diri dia. Cuma cara kita berbeza mengikut kesesuaian dan umur. Untuk diri nieyl menulis entry dalam blog adalah salah satu "me time" yang nieyl suka selain menghabiskan masa dekat luar. Nieyl boleh spend lebih 2 jam depan blog untuk menulis entry tanpa gangguan manusia lain. Contohnya, sebelum nieyl berkurung dalam bilik untuk tempoh yang lama, nieyl akan inform husband dulu supaya dia faham. Dan satu lagi nieyl akan berkurung dalam bilik ketika husband nieyl pergi mesyuarat dekat luar ataupun dia lepak dengan kawan-kawan dia.
Lebih menjadi diri sendiri
Since bila kita dah berumahtangga, masa kita lebih banyak dirumah, dan kalau yang dah ada anak masa lebih kepada anak-anak betul tak.. Macam nieyl, memang banyak masa di rumah walaupun tidak ada anak lagi, keluar rumah bila perlu sahaja. Weekend pun sama juga, lebih suka duduk di rumah. Kawan? Ada je kawan-kawan, bukan kata duduk rumah sebab tak ada kawan ish..sekeh kang.. Untuk diri nieyl, bila menulis entry ni nieyl boleh jadi diri nieyl sendiri dan tak perlu nak selindung-selindung sangat. Nieyl boleh marah, nieyl boleh menangis, nieyl boleh luahkan apa yang nieyl rasa dalam blog ni.
Tempat simpan memori
Setiap entry yang ditulis mempunyai cerita yang tersendiri yang di simpan dalam blog untuk dikongsikan dan diabadikan untuk diri sendiri. Kalau simpan dalam phone, bila rosak habis semua hilang. Kalau simpan dalam blog, InsyaÁllah silap-silap sampai ke tua pun masih ada lagi..
Tiada orang kenal
Setakat orang yang suka menulis, mana ada orang kenal.Lainlah blogger-blogger yang dah memang popular tu, lain la..jadi, lebih selesai begini menulis tanpa orang kenal. Kalau kenal pun mungkin dimedia sosial yang lain selain blog. Dan ramai je kawan-kawan yang tahu nieyl ada blog, dan ramai je tanya apa nama blog, nieyl lebih bersikap silent je..Kalau nak tahu, kenalah cari sendiri, nama untuk bagitahu tu, memang tak la..privasi ♥
Menulis blog walaupun santai-santai bila tiba "perasaan itu" , memang boleh buat kita berhenti menulis dan stop berblogging. Nieyl pernah didatangi perasaan itu setahun tanpa rasa apa-apa. Dan perasaan itu dia pergi begitu sahaja dan nieyl baru kembali menulis kembali setelah setahun meninggalkan blog ni. Macam tak percaya nieyl boleh buat comeback semula, walaupun sekarang ni ada yang masih aktif dan ada juga yang dah terkubur selamanya. Jadi, kepada yang memilih untuk menulis, teruskan semangat dan jangan bagi perasaan itu datang dekat korang tau...
Take care♥
menarik entri Nieyl ni.. esok kak ayu pun nak buat jugak la, tiru story ek?
ReplyDeleterasa nya Nieyl ngan Kak Ayu memang dah lama kena & follow each other kan?
Kak Ayu pun start blog since 2009...
tajuk yg menarikk..
boleh2 sila-sila kan kak...aah nieyl pun start 2009, nieyl ingat lagi kite mmg follow each other since 2009..
Deletesy menulis blog since masi study lagi.. konten pun byak berubah mengikut umur.. bila dah kahwin lebih mcm nieyl.. suka stay di rumah dan menulis blog.. menulis blog bagi sy menyenangkan
ReplyDeleteKan, menulis blog ni satu terapi untuk diri kita..x kisah pun orang nak baca ke x, as long kita happy apa yang kita buat kan..
DeleteCuya start menulis blog bila blog masa tu hype...
ReplyDeleteTulis saja2 je tanpa ada yang membaca..
Kita pon tak popular kan, macam akk ckp bole cerita suka hati je
Kan..blog kita, bukan tujuan nak bagi orang baca pun..kalau orang baca bonus..dia lebih kepada untuk diri kita sendiri..♥
Delete