09 October, 2024

Lunch Out Paling Express

Lunch Out Paling Express | Kisahnya semalam kononnya tak nak ke mana-mana lunch hour , lepas tu kak emmy whatsapp ajak lunch dekat luar, lepas tu nieyl cakap ok..Selang 5 minit dia cakap macam tak jadi nak keluarlah dia cakap sebab perut dia macam tak berapa selesa. Nieyl pun ok je no problem pun sebab memang dari awal tak nak ke mana-mana. Lepas 10 minit dia ajak pergi Dpluze naik grab, nieyl pun cakap ok.. Lepas tu nieyl cakap akak orderlah grab sebab nieyl tak ada apps grab ni. Dia reply dia cakap dia pun tak ado hahaha..tergelak-gelak rasa perut ni..

Lepas tu nieyl cakap jomlah pergi naik kereta nieyl hahaha..lagi 10 minit kemudia kitrorang jumpa dekat basement dan pergi Dpluze. Kitaorang memang nak take away je nak makan dekat opis. Kak emmy nak pergi beli 4Finger, kita beli 2 box satu untuk nieyl dan satu untuk kak emmy..seorang 6 ketul hahaha..

Lepas pergi 4finger, kita pergi Coffee Bean pula sebab kak emmy nak beli air double chocolate dia guna card dalam buy 1 free 1 hehehe.. nieyl first time rasa air Double chocolate + coffee + cream yang ni nieyl punya, kak emmy punya dia tak nak cream.. Nak bagitahu double chocolate ni buat rasa kenyang. Lepas dapat air terus kitaorang gerak balik ke opis, nieyl singgah bilik kak emmy untuk makan ayam sambil sembang...Ayam dengan air chocolate ni kak emmy belanja nieyl Alhamdulillah rezeki, semoga kak emmy sentiasa murah rezeki...

Tengah sembang-sembang, kak emmy cakap dia beli 1bitescones, satu untuk dia dan satu untuk nieyl, dia belanja..Ya Allah, tak tahulah nak cakap macam mana ngan kak emmy ni..dia selalu belanja nieyl dan nieyl masih mencari ruang untuk belanja dia semula ni..sebab nieyl tak ada ruang nak buat begituu sebab dia selalu mendahului nieyl. Pagi tadi nieyl pergi ambil 1bitescones ni, belum rasa lagi, nanti nieyl share apo rasa dia sebab first time juga rasa ni...

Untuk pengetahuan korang, selain syida peneman nieyl. Kak emmy juga salah seorang peneman nieyl dan geng coffee hehehe..Selalu kalau nak minum coffee nieyl akan pergi dengan kak emmy, sebab dia pun layan coffee juga. Dan semalam nieyl keluar lunch 20 minit je hehehe...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)