03 October, 2024

Rasa nak gugur jantung pagi ni

 

Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Enrty ni sebenarnya nieyl sampai2 opis tadi..
tengah taip, sambil nak sediakan dokumen claim untuk bos..
tiba-tiba...terhenti menaip dan cari borang outstation bos nieyl yang nieyl tak jumpa..
sebab nieyl yakin nieyl dah sediakan semua sebelum bos pergi outstation 30/9 tu..
Pengarah dah sign dah..
tapi masalahnya borang flight ada..
borang outstation tak ado..haruu pagi..

Memang breakfast pun belum ni tau..
punyalah dok fikir dekat mana..
Bukan apa, boleh je kalau nak minta pengarah sign baru tapi tak syoklah..
fikir-fikir tak apalah, nieyl try tanya kakak yang buat flight tiket hari tu..
kot-kot lah ada terselit borang tu ke kan..

Sementara menunggu dia reply tu..
berdebar weh sebab andai kata tak ada...
memang nieyl kena mengadap PA Pengarah la..
kena marah tu memang kena la..adeh..

Lepas tu kakak kewangan tu reply...
Dia kata "ada nieyl, meh datang ambik"
Allahuakhbar rasa macam bersyukur pagi ni..

Teruslah nieyl pergi ambil..
Scan dan emel dekat bos nieyl..
Fuh...dah emel, legaaa gila...

ni baru boleh sambung entry ni hahaha..
tibaaa...entry pagi ni panjang berjelaaa...

Happy workinggg!



2 comments:

  1. Bab² boss ni mmg boleh bikin jantung gugur hihi...
    Have a pleasant day Nieyl... Bole dah breakfast tenang² hehe...

    ReplyDelete
  2. Uish... Memang berdebar nie.. Sebab nak dpt sign pengarah balik tu..kalau pengarah tak perasan, dia tak marah.. Kalau dia perasan.. Mau dia tanya banyak2 apsal sign benda yang sama..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)