09 October, 2024

Jus Kesihatan Didapojus 100% Home Made

 

Jus Kesihatan Didapojus 100% Home Made | Hari tu nieyl ada bagitahu yang nieyl terlupa minum Jus Kunyit tu kan dan kak SA ada minta nieyl share. So, hari ini baru ada kelapangan nak share tentang jus kunyit dan jus celery yang nieyl tengah consume untuk kesihatan dalaman dan juga kesihatan kulit ofcos lah kan. 

First nieyl share tentang jus kunyit. Mostly rata-rata orang dah tahu kunyit tu apa dan untuk apa.. Biasa kita jumpa kunyit masa kita nak masak lemak kan, itu dalam masakan. Kali ini kunyit dalam bentuk Jus Kesihatan. Jus kunyit ni boleh membantu meningkatkan kekebalan tubuh, mengurangkan keradangan, meningkatkan kesihatan jantung, membantu masalah pencernaan , mengurangkan stress. 

Siapa tahu kunyit ada vitamin apa? Kunyit ni ada banyak nutrisi seperti kurkumin, vitamin c, vitamin K dan antioksidan yang boleh membantu melindungi tubuh dari radikal bebas.

Cuma dalam jus kunyit ini bukan semata-mata kunyit dia ada Halia, Lemon , Honey dan Parsley juga. Semua bahan-bahan semula jadi. Nieyl dah try minum jus ni setiap pagi selama seminggu, rasa dia sangat sedap, bila minum tu tak rasa pun pedas-pedas halia tu masa nak telan tu je rasa sikit tapi jujur ckp memang sedappppp....

Jus yang kedua nieyl tengah consume adalah Jus Celery. Sebelum ni tengok juga neelofa kan dia rajin buat jus celery sendiri kan, so teringin juga nak rasa sedap ke jus celery ni kan, dah lah hijau. Nak buat sendiri pun kena rasa dulu orang lain punya kan, baru boleh kita try mix and match hehehe. So, jus celery ni memang banyak khasiat dia untuk kesihatan. Jus celery mengandungi mutrisi vitamin K, Vitamin C, kalsium, magnesium. Serat pada celery dalam membantu menjaga  kesihatan usus kita, membersihkan usus kita, yang mana sembelit selalu tu ha..try lah minum InsyaÁllah pencernaan berjalan dengan lancar. Bila usus kita bersih, automatik kulit kita ni jadi cantik, bersih dan licin.. InsyaÁllah..

Nama pun jus celery kan memang dia rasa celery yang sangat sedap sebab dia mix dengan apple hijau, lemon, halia dan madu. Nieyl memang suka gila jus celery ni tau, teramat sedappp..

So,Jus kunyit nieyl ambil waktu pagi dan jus celery nieyl ambil sebelum tidur. Sukatan minum tak kisah sebab dia bukan ubat, dia bukan supplement, dan dia bukan jamu. Jadi kita boleh ambil seberapa banyak yang kita nak. So, macam nieyl nak jimat sikit sebotol ni untuk seminggu so bajet-bajet lah nak minum berapa banyak.

Tapi kan..jujur cakap kan nieyl memang sukaaaa dan jatuh cinta dekan jus ni lah..nak buat sendiri jus kunyit tu takut tak boleh telan hahaha..so, kita beli jela..ada je banyak brand-brand lain di pasaran sekarang ni cumanya tengoknya kandungan dia dulu sebelum beli tau. Kalau boleh kita tak yang 100% guna bahan semula jadi. 

Ni stok nieyl dah habis, dah order tunggu sampaiii...






1 comment:

  1. Bagus ni tiberr teringat akan zaman lepas bersalin kena paksa minum air pati kunyit ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)