01 August, 2023

Koleksi Keychain Luar Negara


Koleksi Keychain Luar Negara | Tak tahu la masih ada lagi ke orang yang suka mengumpul keychain macam nieyl ni. Kalau ada , kita genga la. Nieyl sejak dari zaman mula-mula masuk kerja gomen ni nieyl memang suka sangat kumpul terutama sekali keychain dari luar negara. Setiap orang mesti ada angan-angan nak pergi ke luar negara kan, cuma rezeki je mungkin belum sampai lagi. 

Bos-bos dekat pejabat selalulah holiday ke luar negara. Selalunya dieorang akan belikan nieyl keychain sebab dieorang tahu nieyl suka kumpul keychain dan dieorang selalu nampak koleksi keychain nieyl dekat workstation. Macam dalam gambar ni nieyl akan pamerkan sebab nampak cantik. Tapi biasanya kalau EKSA, nieyl akan simpan semuanya hahaha...

Setiap keychain yang nieyl kumpul takkan sama walaupun dari negara sama. hehehe baru nampak menarik kan kalau ada keychain yang sama boring orang nak tengok.Jadi, nieyl akan pilih yang nieyl tak pernah ada lagi. 




Masa ni bos suruh pilih nak Keychain yang mana dari LONDON. wah!banyak gila pilihan rambang mata nak pilih yang mana satu. Last-last ini yang menjadi pilihan nieyl.

Ini keychain terbaru boss nieyl pergi melawat anak dia dkt UK. 

Kalau korang, korang suka kumpul apa?

4 comments:

  1. sama koleksi kita Nieyl ,kak ana pun ada koleksi keychain tapi banyak dalam negara jer huhu :)

    ReplyDelete
  2. leh geng la... sekarang je dah kurang dpt.. he he
    meh tgk kak ayu punya koleksi... https://mummyayu.blogspot.com/2023/03/tq-tq.html

    ReplyDelete
  3. syoknya..banyak dah koleksi keuchain luar negara nieyl

    ReplyDelete
  4. Dulu Cuya suka keychain...tpi lama2 Cuya bagi orang je sume keychain Cuya..
    tapi CUya masih simpan koleksi mata wang daripd luarnegara...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)