03 August, 2023

Small Celebration Birthday Kak Jane Sayang

Small Celebration Birthday Kak Jane Sayang | Tujuan asal nieyl buat blog 2009 adalah nak share anything story life dalam ni untuk disimpan sebagai kenangan untuk diri sendiri, kalau ada anak-anak, cucu mereka dalam gambar ni dalam blog nieyl ternampak, tercabar story ini itu kan bagus mereka ada gambar dan cerita tentang nenek-nenek, tok - tok dieorang. Jadi, kalau yang baca itu adalah bonus.

Oklah berbalik pada story nak celebrate birthday kak Jane. Asalnya semua dalam bilik perbincangan tengah berbincang, buat kerja. Tempat nak buat suprisenya tu di bilik Puan H, sebelah bilik perbincangan tu je, jadi sorang-sorang keluar kononnya ada yang pergi toilet la, ada yang pergi bilik mesin la, macam-macam alasan. Sementara tu nieyl dengan yang lain-lain ni mendeco sikit-sikit untuk nak bagi surprise nanti, makanan-makanan semua dah siap sedia dah, tinggal nak panggil kak jane je..

Bila semua dah masuk bilik sebelah, Puan TP call minta kak jane pergi bilik Puan H dengan suara tegas..dia buka je pintu kami jerit Surprise!!! kita nyanyi lagu happy birthday untuk Kak Jane..

Nieyl tak lama kenal kak jane, sejak-sejak join team EKSA nieyl kenal rapat dengan team SKSI ni, rasa sangat rugi lambat kenal dieorang sebab dieorang ni ibarat keluarga nieyl , diaorang layan nieyl ni betul-betul macam adik-adik. Kalau orang ikhlas sayang kita, layan kita.. kita dapat rasa tau..

Sekarang ini team ni dah tak lengkap dah, kak baiti sambung study PhD, Puan H pula dah naik pangkat dah tukar keluar ke GIM, Kak jane sekarang cuti kanser tengah buat rawatan dekat sarawak, Puan Elli dah tukar ke bahagian lain jadi, tinggal Kak Maziah dengan Dr. Lin je sekarang ni..

Ini simple deco yang kami sorok-sorok buat tu khas untuk kak jane..Kepada mereka yang baca entry ini, doakan semoga kak jane sentiasa kuat dan teruskan perjuangan dia melawan kanser dan kembali sihat seperti sedia kala...

"kepada kak jane..Manje doakan semoga Allah kembalikan kesihatan akak seperti sedia kala, dan Allah sentiasa sayang akak, Allah uji kerana Allah sayang. Manje tahu akak seorang yang kuat dan akan tetap lawan sampai sihat. InsyaÁllah..Manje always tunggu akak balikkkk...love u kakak"

4 comments:

  1. mesti happy xterkata kak Jane...semoga beliau dpat bebas kanser siapa tahu keajaiban dari Allah kan..tahniah Nieyl n sahabat..

    ReplyDelete
  2. happy birthday kak Jane... semoga sentiasa dirahmati Allah and be strong, semoga kembali sihat spt biasa.... aamiin...

    ReplyDelete
  3. Moga kak jane diberikan kesembuhan sepenuhnya.. Aamin

    ReplyDelete
  4. Samalah kita buat blog utk dibaca oleh sesiapa sahaja dan menjadi bacaan anak cucu di masa hadapan :D
    Semoga kak jane diberi kesembuhan amin :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)