22 August, 2023

Nak Breakfast KFC Budak Ni

Nak Breakfast KFC Budak Ni | Isnin lepaskan selangor cuti, nieyl HQ dekat Putrayaja tapi kerja di Cyberjaya so..extra cuti lah kita. Seronok ya dapat cuti hari isnin memang tak sempat nak Monday Blues dah. Plan nieyl cuti hari tu pagi nieyl ke Maybank Putrajaya untuk COD bawang goreng dekat customer dengan budak kenit ni. Nieyl suka kalau jalan-jalan ke COD barang ke bawa dia sebab dia ni boleh dibawa berkawan, sembang macam orang dewasa. Telatah dia tu kadang-kadang buat nieyl bahagia.

Lepas dah selesai COD, nieyl cakap nak pergi Petronas nak isi minyak kereta kejap, lepas tu nak pergi ronda tempat husband kerja dekat P18 tu..lepas tu Raisya cakap lepas tu boleh tak kalau dia nak makan KFC..biasalah kalau dia nak sesuatu dia muat drama yang kalau korang tengok, memang nak tergelakkk..dia usap perut dia, dia kata adik lapar...hahaha..

Bila kita kata ok , dia dah mula request nak makan apa hahaha..tapi biasanya kalau dia pergi dengan nieyl, nieyl akan make sure apa yang dia nak makan je dia order dan ajar makan sampai habis baru balik. Rasanya pagi tu dia betul-betul lapar, sebab semua yang dia nak semua habis dia makan, dah kenyang nak tahu dia buat apa?masuk kereta, dia usap perut dia cakap adui kenyangnya, menguap berkali-kali ya hahaha..mengantuk..bertuah punya budak lepas makan dia tidur..

Walaupun raisya ni manja dengan nieyl, tapi dia tahu kalau dia dengan nieyl dia kena ikut peraturan dan tak boleh ikut suka dia je. Bila perlu mandi, bila perlu makan, bila perlu main, bila perlu tengok HP. bila perlu belajar. Dan dia kalau tahu nieyl cuti ke dia akan datanglah rumah tapi kalau tak ada mommy dia. Kalau ada mommy dia, nieyl ni tak laku dah hahaha..bijak budak bertuah ni, untung ada 3 mak, 3 rumah ikut dia nak pergi mana...



 

4 comments:

  1. seronoknya..besar2 ni memang tgh seronok melayan tambah lagi bila byk ckp nya..meriah

    ReplyDelete
  2. Wow pandai dia berlakon ya. Hehe. KFC pun sedap. Aunty pun suka jugak.

    ReplyDelete
  3. Bijak....usap perut ye? Alhamdulillah dapat kfc. Yeayyy

    ReplyDelete
  4. Best la ada org belanja.. Makan pulak sampai kenyang menguap hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)