Showing posts with label Raisya. Show all posts
Showing posts with label Raisya. Show all posts

09 September, 2025

Bawa Budak Tak Sihat Makan Speghetti

by on September 09, 2025

Bawa Budak Tak Sihat Makan Speghetti | Hari tu dia tak sekolah, katanya pening kepala. Makan pun tak berapa sangat. Datang rumah nieyl, mula plan macam nak masak je tapi balik kerja dah penat. Cakap ngan husband kita makan luar jela bawa si Raisya sekali. Lepas tu raisya cakap nak makan speghetti, nasib baiklah dekat area rumah nieyl tu ada cafe, so nieyl teman dia makan. Husband nieyl makan dekat kedai thai sebelah hihihi... Sebab menu dekat cafe ni banyak speghetti, dia kurang sikit. Alhamdulillah, berselera dia makan. Risau kalau tak ada selera makan ni, kalau nieyl jangan tanya sentiasa berselera hahahaha..

27 March, 2025

Chopsticks Pink Dah Sampai

by on March 27, 2025

Chopsticks Pink Dah Sampai | Lama tak update pasal raisya dalam blog. Minggu lepas dia datang rumah nieyl, dia tanya bila nak belikan chopsticks. Actually dah lama dah dia minta tapi nieyl asyik terlupa je nak order. Masa dia tanya tu terus nieyl orderkan, ikutlah yang dia suka. Bila dah order tu, dia tanya bila dia sampai, nieyl cakap hari jumaat tapi sebenarnya hari khamis dah boleh sampai dah, tapi dekat raisya ni tak leh berjanji, nanti dia akan tuntut dan tunggu hahaha.

Hari khamis barang sampai, terus panggil dia datang rumah. Suruh dia buka sebab barang dia kan. Bukan main suka dia dapat chopstick pink hello kitty tu..semua nak disepitnya..


Tengoklah video yang sempat nieyl record hari tu, dia belajar sepit harta karun dia lepas tu dia cakap nak makan nasi pakai chopstick lah, nieyl cakap bulan depan baru kenyang kalau makan chopstick tu sebutir, sebutir ko sepit dik hahaha.
 

20 January, 2025

Raisya Ikut Pergi Office

by on January 20, 2025

 

Raisya Ikut Pergi Office | Masa cuti sekolah seminggu bulan 12 hari tu, budak ni sibuk nak ikut pergi office, nak tengok bilik nieyl. Nieyl pun waktu lunch ambil lah dia dekat rumah, sebab budak ni kadang-kadang tak boleh lama-lama dia cepat boring, tu yang nieyl bawa dia lepas lunch tu, atleast dalam 2 jam setengah je. 

Sebelum dapat main handphone, nieyl lagi dia buat latihan math dulu dalam 5 helai macam tu. Tu yang muka serius je mengira tu. Hihihi..

Nampak tu, semua jari tangan keluar untuk mengira. Bulan 2 ni nak masuk darjah 1 dah ni, jadi tak boleh bagi dia leka sangat. Kena selang seli main dan belajar. Hari tu pergi orientasi darjah satu bila tanya best tak sekolah...panjang dia jawab besttttt....

Gerak balik pukul4.30 dan nieyl tanya nak makan apa, tapi sebenarnya memang dah tahu dia suka makan apa, tapi saje nak uji dia buat keputusan. Dia kata nak makan spaghetti , jadi nieyl pun order untuk dia dengan aiskirm.. Nieyl tak makan pun, sebab kenyang lagi. Habis ya 1 pinggan spaghetti tu dia makan ..suka tengok kalau dia makan habis.. 

Semoga Raisya membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah , dan belajar rajin-rajin..korang doakan ya..semoga segala urusan Raisya nak masuk darjah 1 ni dipermudahkan hendaknya..Aminn

05 November, 2024

Pertandingan Mewarna

by on November 05, 2024

Pertandingan Mewarna | Masa program Fun Run nieyl tu, ada pertandingan mewarna untuk tadika kemas, raisya ni memang dia sukalah join-join tadika punya aktiviti sebab dia kata jumpa kawan-kawan sekolah. Nieyl lepas settel lari terus balik, raisya dia kena tunggu penyampaian hadiah dan abg dia temankan dia. Balik tu dia bawalah paper bag, dia kata dia memang No.20 lepas tu nieyl kata aik..nombor 1 , nombor 2 dah habis ke dik..dia jawab ala tak apa la janji dapat hadiah hahahaha...yola dik oi...

Lepas tu dia cakap, kawan dia pun menang juga..nieyl tanya yeke..wah..mesti kawan adik tu dapat nombor depan-depan kan.. dia cakap " Aah..no.19 " berdekah kitaorang gelak..adoilahh lawak betul.. Nada cakap tu , macam kawan dia tu dah tinggal jauh dah, rupanya nombor sebelah-sebelah je hahaha.. Tak apa la dik, suka-suka kan..

Dalam paper bag tu dia dapat hadiah 3 barang, pensel, magic pen dan set alat tulis. Budak-budak kan benda ni pun dah buat dieorang gembira. Kalau kita yang dewasa ni, kalau dapat EMAS, lagiii gembira hahahaha..Ok bye!




 

05 September, 2024

Dia Request Nak Makan Ikan

by on September 05, 2024

 

Dia Request Nak Makan Ikan | Sehari sebelum nieyl pergi pasar borong, budak sorang ni dah pesan awal-awal belikan ikan Talapia. Banyak-banyak ikan dia paling suka ikan Talapia ni, so pergi pasar borong last week beli 2 ekor. So, malam tadi dia datang rumah nak makan ikan sahaja. Kononnya satu untuk dia , satu untuk nieyl, last-last dia makan dua-dua isi ikan tu nieyl habiskan lah part-part yang tak ada isi tu hahaha..  

Minggu ni dia tak ada request apa-apa lagi, selamatttt....hehehe



12 August, 2024

2 hari kena tinggal

by on August 12, 2024


Hari tu masa nieyl pergi holiday dekat JB..
budak ni nak ikut, dia kata tak apa dia boleh duduk dalam bag..adoi la..
sekarang ni kalau nak pergi mana-mana tak boleh cakap dengan dia..
merengek nak ikut, ke mana sahaja nieyl pergi dia nak ikut...

Disebabkan kena tinggal hari tu..
nieyl belikan dia sticker untuk dia main..
muka banyak senyum budak ni bila dapat sticker...

Itulah kan orang perempuan..
beli hadiah je, jiwa cair hehehe..
siapa tu..siapa tu :P

 

19 July, 2024

Tolong Buang Akar Taugeh

by on July 19, 2024

Tolong Buang Akar Taugeh | Bila hari cuti Raisya memang banyak habiskan masa dia dekat rumah nieyl. Bangun tidur ke dengan tak mandi, rambut serabainya tu datang rumah. hahaha.. Kalau tanya kenapa tak mandi lagi, dia kata nak mandi rumah nieyl. Jadi, baju-baju dia tu banyaklah ada dekat rumah nieyl tu. Bila-bila dia nak mandi rumah nieyl, dia datanglah ikut suka dia. 

Weekend selalunya nieyl akan masak, jadi bila dia ada dekat rumah tu, nieyl memang kerah tenaga dia buat kerja hahaha..tak adalah, saja nak ajar dia buat kerja dapur sikit-sikit. Kali ni nieyl minta tolong dia buangkan akar taugeh sebab masa ni nieyl nak buat kerabu taugeh. 

Dia tak panggil akar taugeh, dia panggil ekor taugeh..aduhai budak ni..membebel buat tu tapi lama-lama siap juga.. Tapi dengarlah dia membebel cakap bila nieyl nak datang tolong dia ni..hahaha..nieyl buat 2 lepas tu nieyl masuk dapur balik, saja biar dia buat sampai habis. Bila dah habis tu, dia akan cakap jangan suruh adik buat kerja lagi ya...penat lah..dia nak main pula hahaha..

Umur raisya dah 6 tahun, tapi celoteh dia tu kan dah macam orang tua. Kalau makan tu asyik jela nak bercerita, sampai kadang-kadang mak nieyl marah, cakap makan mana boleh bercakap. Dia jawab kalau tak bercakap macam mana mulut nak muka masuk makanan..korang rasaaa...aduhai budak niii...

 

27 June, 2024

Raisya suka buat math

by on June 27, 2024

 

Raisya suka buat math | Bila nieyl dah start bekerja, memang masa dengan raisya ni weekend je, dah pesan dekat dia setiap hari sabtu dan ahad, datang rumah buat homework selama 1 jam. Nieyl memang ada beli buku latihan dekat rumah nieyl untuk Raisya. Hari tu nieyl beli BM ngan Math je..Alhamdulillah dua-dua buku latihan tu dah nak habis dia buat, yang paling dia suka math. Sekarang ni nieyl fokus raisya buat latihan tambah-tambah je, nampak semakin hari semakin laju dia buat. 

Lepas habis buka math tambah ni, nak ajar dia buat tolak pula. Hopefully dia cepat belajar , risau la bila tengok silibus darjah 1 sekarang..risau tak boleh nak bawa je, tu yang nieyl cuba buat dari sekarang supaya nanti dia tak tertinggal. 

Raisya ni dia memang boleh fokus dan belajar dekat rumah nieyl je. Kalau dekat rumah dia sendiri, hurm..nieyl memang tak percaya kalau dia buat homework dekat rumah. So, nieyl memang suruh dia buat dekat rumah nieyl selalu. Biasanya nieyl akan duduk depan dia sambil pegang rotan..hihii..acah-acah je biar dia takut sikit. 

Kalau bab mengaji , dia akan pergi rumah mommy dia ngan baba dia. Mommy dia garang kalau bab mengaji ni, so..dia memang akan belajar solat dan mengaji dekat situ. Ibu dia kerja, uruskan rumah, uruskan 2 orang lagi abg dia..Jadi, Raisya ni memang dari lahir lagi dengan nieyl dan mommy dia. Sekarang ni bila mommy dia dah ada baby sendiri, jadi masa dengan dia tu kurang dah laa dia banyak dengan ibu dia dengan nieyl. Tapi nieyl pun ok je, sebab nieyl pun dekat rumah tak ada anak, so sesekali dia datang rumah tu, riuh la rumah dengan bebelan dia tanpa henti heheheh.. 

07 June, 2024

First time makan Sushi

by on June 07, 2024


First time makan Sushi | Beberapa minggu yang lepas, nieyl memang nak spend time dengan raisya sebab bila nieyl dah start kerja memang masa untuk dia tu terhad, nak jumpa pun waktu malam. Tapi selalunya memang susah nak jumpa kalau hari bekerja. Jadi, nieyl bawa dia keluar pergi alamanda teman nieyl beli barang-barang skincare. Lepas nieyl dah beli barang-barang yang nieyl nak tu, ajaklah dia pergi jalan-jalan Alamanda tu.

Part yang paling dia suka, kedai yang ada jual kipas-kipas comel tu. Semua dia nak pegang dan nak rasa sejuk kipas tu. Nasib baiklah dia ni jenis yang tak meminta, dia tengok , pegang je lepas tu dia pergi tengok tempat lain pula cumanya kalau dekat dia ni , dia punya celoteh macam orang tua..hahaha..banyak noo cakap nya hahaha

Nieyl tanya dia nak makan apa?dia kata nak makan sushi sebab dia kata selalu nak pergi makan mommy tak kasi sebab makanan ada half cooked. Tapi nieyl pula jenis yang suka bagi budak cuba, jadi nieyl pun on jela makan sushi dengan dia. Nieyl ambil yang goreng-goreng je untuk dia dan set kids siap vitagen suka lah dia. 

Memang puas hati dia dapat makan sushi yang selama ni dia nak sangat makan. Mula-mula dia makan pakai garfu, lepas tu dia kata dia nak pakai chopstik tapi tak pandai, nieyl pun ajaklah dia..bila dia dah pandai guna, dia cakap nanti belikan dia chopstik yang ada gambar kartun ya..hahaha..

Lepas dah kenyang makan sushi, dia ajak pergi Mr.DIY dekat alamanda tu tapi dah tutup, jadi nieyl bawalah dia pergi Mr. DIY area rumah sebab dah on the way nak balik tu kan. Biasalah bila dah sampai Mr. DIY nieyl dah pesan tak nak beli mainan sebab dah besar. Cari punya cari jumpalah Puzzle DIY rumah comel ni..banyak pilihan tapi dia tetap nak cari yang ada orang, sudahnya dia turunkan satu-satu benda tu sampai dia jumpa yang ada orang. Nasib baiklah ada, dah pilih-pilih tu, nieyl suruh dia kemas semula. Ajar dia kemas balik. 

Balik rumah terus nak buat benda ni, jadinya makcik dia ni kenalah jadi arkitek dan tukang kayu siapkan 2 bangunan yang dia pilih tadi tu. Nampak macam senang je kan, tapi berpeluh juga lah buat benda ni tapi seronok..bukan dia je seronok, nieyl pun seronok tengok bila dah siap, cantik..

Dapatlah 2 item ni dia bawa balik, kalau ditanyakan hari ni mana 2 bangunan ni belum tentu lagi sempurna rumah ni hahaha..biasalah budak kan, sebab itulah nieyl takkan belikan dia mainan yang mahal-mahal, sebab akhirnya memang tak jadi mainan dah..bersepai semuanya. 2 item nieyl beli ni tak sampai rm10 pun..nasib baik dia tak pandai tengok harga hahaha..bolehlah kelentong sikit...

30 May, 2024

Happy Birthday Raisya ke 6

by on May 30, 2024

 


Assalamualaikum semua..
Sehari sebelum birthday budak bertuah ni kan, dia tanya tahu tak esok hari apa..
nieyl pun saja je buat tak tahu, dia kata esok hari jadi saya la..
semua orang dia bagitahu birthday dia..

So, petang semalam niel bawa di pergi Dpluze Cyberjaya..
nak cari kek, sebab dia nak kek kartun. Tapi dekat situ pulak kek dia kecil-kecil..
jadi kiteorang beli 2 biji kek..

Lepas tu masa dalam kereta on the way nak balik rumah tu..
Dia cakap adik nak tutup mata nanti tau...
Buat macam kiteorang surprise kan dia..
drama sungguh...

Nur Raisya Humaira
nama yang nieyl berikan..
Semoga adik menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat..

25 March, 2024

Ada Orang Tu Kan Dia Tak Puasa

by on March 25, 2024

Ada Orang Tu Kan Dia Tak Puasa | Time bulan puasa ni lah dia nak demand beli aiskirm mahal-mahal tau, geram betul hahaha, sebab dia tak nak share dengan orang. Bertuah betul budak sorang ni tau. Sekarang ni budak ni akal dia panjang tau, setiap kali datang rumah dia akan remind nieyl, dia akan cakap kalau nieyl keluar pergi mana-mana jangan lupa belikan dia hadiah. Lepas tu siap cakap tak kisah pun hadiah apa, aiskrim ke air ke cawan ke. Kadang-kadang nieyl pergi speedmart 99 tu je pun balik tu dia tanya tak beli hadiah ke untuk dia hahaha..tepuk dahi dibuatnya. Tahun depan dah nak masuk darjah 1 dah tu, kepoh betul mulut dia sekarang ni yang selalu layan dia ni nieyl lah, mak nieyl memang tak larat dah nak layan..sebab bila cakap ada jawapan dia bagi, sampai kadang-kadang geli hati dengar jawapan dia tu..Penghibur hidup nieyl dia ni..


 

13 December, 2023

Kisah Sedekah Hari Jumaat

by on December 13, 2023


Kisah Sedekah Hari Jumaat | Hari jumaat lepas ada seseorang beri sedekah dekat nieyl dalam bentuk wang ringgit. Lunch tu kebetulan nieyl nak pergi Alamanda dengan kawan nieyl nak cari baju blouse putih untuk lunch date 11 Disember. Lepas tu kiteorang pergi ke Mr. Diy pula nak survey harga wallpaper untuk pantry pejabat. Nak tahu tak, nak pergi ke Mr. Diy Alamanda sekarang ni kena ikut jalan luar sebab jalan dalam dia tutup sebab tengah buat construction. Berpeluh jugalah sebab jauh dan panas. hahaha..tapi disebabkan memang ada sebab nak ke sana, so..sis gagahkan diri ya.. 

Bila dah sampai, memang nieyl akan tuju di tempat wallpaper tu je, sekali pergi wallpaper yang dicari tak ada pula yang berkenan dan yang sesuai dengan konsep pejabat. Disebabkan dah berpeluh berjalan tadi kan so, kita carilah apa-apa barang dekat Mr.Diy yang boleh dibeli supaya tak nak pisang sangat jalan jauh hahaha.

Ha..kan tadi nieyl cakap ada orang sedekah dekat nieyl tu kan, duit tu nieyl beli buku drawing untuk Raisya sebab dia sekarang ni suka melukis, lagi-lagi kalau dia naik dalam kereta nieyl dia akan cari buku dan pensel untuk dia melukis,jadinya nieyl ternampak buku drawing ni yang cute dan pink nieyl terus beli untuk dia. 

Cantikkan, dia ada macam-macam corak tadi disebabkan nieyl suka warna pink dan Raisya pun suka warna pink, nieyl pilih warna pink dan buku ni memang nieyl akan letak dekat rumah nieyl dan kalau dia datang, dia akan cari buku ni dulu dan pensen , lukis-lukis lepas tu dia balik rumah dia hahaha.. Sebab nieyl memang dah ajar dia dari kecil lagi, apa-apa barang mainan ke buku ke yang ada dekat rumah nieyl ni tak boleh bawa keluar, kalau nak bawa kena minta izin dulu. Sampai ke besar nilah dia ikut peraturan kalau ada dekat rumah nieyl. 

Lepas tu nieyl belikan Raisya Sticker ni, dulu zaman sekolah dulu nieyl suka juga main sticker ni tapi dulu diperbuat dari kertas keras tu kan, tapi sekarang ni dia guna sticker macam ni boleh lekat-lekat dan cabut. Maaflah warna pink juga menjadi pilihan dihati hahaha..pasrah

Masa beli 2 barang ni, nieyl ambil gambar dan hantar dekat Ibu dia, suruh tunjuk dekat dia. Lepas maghrib dia dah sampai dekat rumah nieyl. Excited sangat nak tengok 2 barang yang nieyl belikan tu, terus main. Dia ni boleh main sorang-sorang, dia akan main sampai dia bosan, bila dah puas main, baru dia akan balik rumah. 

22 August, 2023

Nak Breakfast KFC Budak Ni

by on August 22, 2023

Nak Breakfast KFC Budak Ni | Isnin lepaskan selangor cuti, nieyl HQ dekat Putrayaja tapi kerja di Cyberjaya so..extra cuti lah kita. Seronok ya dapat cuti hari isnin memang tak sempat nak Monday Blues dah. Plan nieyl cuti hari tu pagi nieyl ke Maybank Putrajaya untuk COD bawang goreng dekat customer dengan budak kenit ni. Nieyl suka kalau jalan-jalan ke COD barang ke bawa dia sebab dia ni boleh dibawa berkawan, sembang macam orang dewasa. Telatah dia tu kadang-kadang buat nieyl bahagia.

Lepas dah selesai COD, nieyl cakap nak pergi Petronas nak isi minyak kereta kejap, lepas tu nak pergi ronda tempat husband kerja dekat P18 tu..lepas tu Raisya cakap lepas tu boleh tak kalau dia nak makan KFC..biasalah kalau dia nak sesuatu dia muat drama yang kalau korang tengok, memang nak tergelakkk..dia usap perut dia, dia kata adik lapar...hahaha..

Bila kita kata ok , dia dah mula request nak makan apa hahaha..tapi biasanya kalau dia pergi dengan nieyl, nieyl akan make sure apa yang dia nak makan je dia order dan ajar makan sampai habis baru balik. Rasanya pagi tu dia betul-betul lapar, sebab semua yang dia nak semua habis dia makan, dah kenyang nak tahu dia buat apa?masuk kereta, dia usap perut dia cakap adui kenyangnya, menguap berkali-kali ya hahaha..mengantuk..bertuah punya budak lepas makan dia tidur..

Walaupun raisya ni manja dengan nieyl, tapi dia tahu kalau dia dengan nieyl dia kena ikut peraturan dan tak boleh ikut suka dia je. Bila perlu mandi, bila perlu makan, bila perlu main, bila perlu tengok HP. bila perlu belajar. Dan dia kalau tahu nieyl cuti ke dia akan datanglah rumah tapi kalau tak ada mommy dia. Kalau ada mommy dia, nieyl ni tak laku dah hahaha..bijak budak bertuah ni, untung ada 3 mak, 3 rumah ikut dia nak pergi mana...



 

18 March, 2019

Raisya Dah Banyak Akalnya

by on March 18, 2019
Raisya Dah Banyak Akalnya | Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Macam tak percaya pula hari ini hari isnin, rasa macam baru je Jumaat semalam kan. Tapi terimalah realitinya hari ini hari ISNIN. Semua orang dah kembali bekerja dan kembali rutin menghantar anak-anak ke sekolah. 


Ini Raisya anak buah nieyl yang ke..ala..tak ingatlah yang ke berapa, sebab ramai sangat. Tapi budak kecil ni memang membesar depan mata nieyl, sekarang umur dah masuk 9 bulan. Dah pandai merangkak merata, dah pandai memilih orang dah sekarang dia ni. Kalau orang pakai tudung bukan main lagi dia kejar nak ikut. Kalau sehari - dua nieyl tak jumpa dia, bila jumpa balik dia macam sombong tak nak dekat kita. Adeh!budak ni.. 

Betul la kata orang, bila balik kerja jumpa anak-anak kecil hilang semua rasa beban kerja dan kekusutan. InsyaÁllah anak-anak buah menjadi penyeri dalam hidup nieyl.. ♥ Happy working semua.