07 June, 2024

First time makan Sushi


First time makan Sushi | Beberapa minggu yang lepas, nieyl memang nak spend time dengan raisya sebab bila nieyl dah start kerja memang masa untuk dia tu terhad, nak jumpa pun waktu malam. Tapi selalunya memang susah nak jumpa kalau hari bekerja. Jadi, nieyl bawa dia keluar pergi alamanda teman nieyl beli barang-barang skincare. Lepas nieyl dah beli barang-barang yang nieyl nak tu, ajaklah dia pergi jalan-jalan Alamanda tu.

Part yang paling dia suka, kedai yang ada jual kipas-kipas comel tu. Semua dia nak pegang dan nak rasa sejuk kipas tu. Nasib baiklah dia ni jenis yang tak meminta, dia tengok , pegang je lepas tu dia pergi tengok tempat lain pula cumanya kalau dekat dia ni , dia punya celoteh macam orang tua..hahaha..banyak noo cakap nya hahaha

Nieyl tanya dia nak makan apa?dia kata nak makan sushi sebab dia kata selalu nak pergi makan mommy tak kasi sebab makanan ada half cooked. Tapi nieyl pula jenis yang suka bagi budak cuba, jadi nieyl pun on jela makan sushi dengan dia. Nieyl ambil yang goreng-goreng je untuk dia dan set kids siap vitagen suka lah dia. 

Memang puas hati dia dapat makan sushi yang selama ni dia nak sangat makan. Mula-mula dia makan pakai garfu, lepas tu dia kata dia nak pakai chopstik tapi tak pandai, nieyl pun ajaklah dia..bila dia dah pandai guna, dia cakap nanti belikan dia chopstik yang ada gambar kartun ya..hahaha..

Lepas dah kenyang makan sushi, dia ajak pergi Mr.DIY dekat alamanda tu tapi dah tutup, jadi nieyl bawalah dia pergi Mr. DIY area rumah sebab dah on the way nak balik tu kan. Biasalah bila dah sampai Mr. DIY nieyl dah pesan tak nak beli mainan sebab dah besar. Cari punya cari jumpalah Puzzle DIY rumah comel ni..banyak pilihan tapi dia tetap nak cari yang ada orang, sudahnya dia turunkan satu-satu benda tu sampai dia jumpa yang ada orang. Nasib baiklah ada, dah pilih-pilih tu, nieyl suruh dia kemas semula. Ajar dia kemas balik. 

Balik rumah terus nak buat benda ni, jadinya makcik dia ni kenalah jadi arkitek dan tukang kayu siapkan 2 bangunan yang dia pilih tadi tu. Nampak macam senang je kan, tapi berpeluh juga lah buat benda ni tapi seronok..bukan dia je seronok, nieyl pun seronok tengok bila dah siap, cantik..

Dapatlah 2 item ni dia bawa balik, kalau ditanyakan hari ni mana 2 bangunan ni belum tentu lagi sempurna rumah ni hahaha..biasalah budak kan, sebab itulah nieyl takkan belikan dia mainan yang mahal-mahal, sebab akhirnya memang tak jadi mainan dah..bersepai semuanya. 2 item nieyl beli ni tak sampai rm10 pun..nasib baik dia tak pandai tengok harga hahaha..bolehlah kelentong sikit...

4 comments:

  1. Seronok dia dapat makan sushi,

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya makan sushi..leh gengn ngan kakak Iris..fav dia...
    suka nya puzzle2 mcm tu.. bagus utk education bebudak kan....

    ReplyDelete
  3. sushi ni akak kureng skit..kalau yang jenis masak tu bleh la makan lagi...kalau ada yang mentah2 tu x leh masuk

    ReplyDelete
  4. Cantik puzzle rumah comel tu . Amek masa berapa lama tu nak jadikan bentuk rumah ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)