05 June, 2024

Sayur Kacang Buncis Tumis Telur

 

Sayur Kacang Buncis Tumis Telur | Banyak-banyak sayur nieyl suka kacang buncis tumis telur, paling simple tahap kemalasan kalau nak masak sayur. Kalau mak nieyl dia tak berapa suka sangat sayur-sayur yang jenis keras-keras ni sebab dia kata gigi tak ada. Jadi, memang jarang sangatlah nieyl dapat masak sayur kacang buncis ni. Tapi kalau sekali masak memang nieyl hadap betul hehehe. Dalam rumah nieyl tu yang betul-betul makan sayur nieyl dengan mak je. Husband nieyl jenis yang kalau ada dia makan, kalau tak ada pun tak kisah. Jangan mak nieyl, dia kalau tak ada sayur memang boleh buat dia tak ada selera nak makan. Ha..itu mak nieyl la sebab kalau dia yang masak memang lengkap dengan sayur. 

Nieyl tak pastilah kacang buncis ni selain masak tumis, dia boleh masak apa lagi ya?Kalau korang, korang masak apa?share dekat komen, nanti nieyl nak try masak lain pula kalau ada yang best. 

8 comments:

  1. kacang buncis nie Linda makan lepas kahwin dengan husband, sebab mak dia masak..mak Linda dulu, memang sayur kampung je..terung, labu, kobi, kacang panjang, bendi..

    ReplyDelete
  2. CCL selalu juga masak menu ni ..kacang buncis tumis telur letak bilis sikit ,cili kering sikit memangg layan laaa dengan nasi panas-panas

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lauk ni. Suka kacang buncis lagi dari kacang panjang.....

    ReplyDelete
  4. petang tadi saya berborak dengan kawan2 yg dah veteran, katanya kacang kacang tak boleh makan sebab gout yang dihidapinya. kacang2 banyak jenis termasuk kacang panjang dan kacang boncis. walaupon sayur tapi tetap namanya kekacang...

    ReplyDelete
  5. Ana pon suka masak tumis dgn telur.. tp pernah jugak masak dgn brokoli,carrot buat campur.. sedap jugak hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya tak suka kacang buncis tapi bila en. hb penggemar kacang buncis, dari tak suka jadi suka tapi kacang panjang tetap pilihan utama.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Saya pun selalunya di tumis bawang putih saja kak. Lebih simple, dan sedap juga 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)