19 June, 2024

BBQ Bersama Family Husband

 

BBQ Bersama Family Husband | Adik beradik husband nieyl ni jenis yang susah nak dapat berkumpul sentiasa sebab husband nieyl dan 2 adik dia duduk dekat dan seorang adik dia kahwin dengan orang UTARA, jadi dia stay dan bekerja dekat sana. Dia beli rumah pun dekat sana dan dekat dengan mertua dia. Jadi, setiap tahun kita akan cari peluang dan ruang untuk berkumpul. Selalunya yang akan jadi penyatuaan ni kiteorang yang perempuan ni lah. 

Contohnya bila adik ipar yang Penang tu kata dia raya sini, kita akan plan untuk buat BBQ adik beradik. Kita ada 4 family kecil dan setiap family akan bawa 1 jenis makanan. Macam hari tu nieyl bawa kambing perap, yang lain-lain bawa ayam perap dan seafood. Kitaorang tak ramai pun tapi Alhamdulillah, masing-masing sangat jaga silaturrahim walaupun mak ayah dah tak ada lagi. Susah senang sama-sama adik beradik. Nieyl pun berharap semoga keluarga besar nieyl juga sentiasa macam ni bila mak ayah nieyl tak ada lagi nanti...Aminnn..

Jom nieyl share menu yang ada malam BBQ sabtu lepas..

Ini nama dia Miang Pla..Ada salad, timun, tomato , suun dan ikan siakap. Actually ada sos dia lupa pula nak snap. Tapi sos dia senang je, guna sos thai, letak letak bawang putih dan daun ketumbar. Cara makan dia, ala-ala miang kham juga.. Ambil salad, letak ikan, timun, suun letak sos, balut dan makan..yumyum...


Korang jangan terkejut ya ayam yg hangus tu..adoi..itulah mula-mula membakar, semuanya hitam-hitam...Untuk kambing tu, nieyl perap dengan sos BBQ, kononnya nak cuba sos tu sedap ke tak sebab tak pernah try sebelum ni, so far..sos dia sedapp, cumanya orang yang bakar kambing ni terlalu kering hahaha..klu dia basah-basah sikit sedap terasa sos yang perap tu. Next time nieyl nak bakar sendiri kambing perap tu..

Last minit adik ipar kata nak celebrate father's day sekali..kebetulan dia bawa kek coklat banyak, kitaorang potong-potong susun macam tower hehehe..lepas tu yang tulis tu, kitaorang guna apa korang tahu x?choki - choki je hahaha..kreatif tak 

Alhamdulillah, walaupun simple, keluarga kecil tapi sangat bermakna memori ni untuk anak-anak ni.. Anak buah nieyl 4 orang je..yang pakai baju putih tu anak kepada anak angkat arwah mak mertua nieyl.
Selain BBQ nieyl ada juga buat 1 game dengan adik -adik ipar nieyl yang perempuan. Nanti nieyl share next entry okay...

6 comments:

  1. Seronoknya berkumpul ramai-ramai dan ber BBQ

    ReplyDelete
  2. hihihi comel betul ayam rentung tu haha da tu mkn tgh2 isi je la nieyl

    ReplyDelete
  3. Seronok dan tetap meriah makan sama2 walau tak ramai.

    ReplyDelete
  4. first bakar memang akan rentung sebab x pandai kawal api kan...hahaha..akak pun selalu gak cenggitu tapi lepas2 tu dah ok dah

    ReplyDelete
  5. Memang selalu happy pastinya kalo bisa berkumpul bersama gini. Dan pastilah bbq selalu JD best part saat family gath kan. Tak apalah hitam sikit ayam tuh kak 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)