25 June, 2024

Plan nak pergi holiday

 

Plan nak pergi holiday | Bulan 5 hari tu memang nieyl dah plan dengan syida dan afika nak buat trip ke KL minggu ni. Tapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Nenek afika masuk hospital seminggu sebelum raya aidiladha akibat sesak nafas. Dari hari ke hari memang afika akan update keadaan nenek dia. Nieyl dengan syida bincang untuk kita postpone Trip KL tu sebab kesihatan nenek afika lebih memerlukan perhatian dia. 

Sehari sebelum kita menyambut aidiladha, afika whatsapp maklumkan yang nenek dia baru je meninggal dunia..innalillahiwainnailaihirojiun.. Kami dari jauh ni hanya mampu beri kata-kata semangat dekat afika untuk terus kuat dan redha.

Semalam nieyl lunch dengan syida, borak-borak dan terfikir macam nak pergi ziarah afika dekat Johor, Batu Pahat. Syida pun ok, teruslah contact afika bagitahu plan nak ke sana cumanya dia cakap kalau nak pergi Batu Pahat, tak ada apa-apa sangat. Kebetulan, ni kali pertama nieyl nak jejakkan kaki di bumi Johor tu. 

Jadi, Afika cadangkan kita pergi ke Johor Bahru area sana bandar jadi banyak tempat yang dia boleh bawak kitaorang berdua ni. Memang nampak afika happy dengan plan nieyl nak ke sana. Terus je dia listkan tempat-tempat yang best area JB tu. Alhamdulillah, dia dah mula ceria macam dulu, semoga kehadiran kiteorang berdua dekat sana nanti mengubat rindu dia. 

Nieyl dengan syida biasalah dah mula riki-riki tempat best yang boleh pergi dekat Johor Bahru tu.. Siapa sini orang JB?mehlah share tempat yang best nieyl boleh pergi nanti...


9 comments:

  1. jauh jugak tu...dari BP nak ke johor..
    salam takziah buat afika...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah jauh, itu yg x jadi nak drive tu linda..naik flight je insyaÁllah...

      Delete
  2. salam takziah buat afika sekeluarga, in syaa Allah lepas ni Nieyl boleh plan semula trip ke KL tu naa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak ana...itula tu, nak pergi JB dlu..InsyaÁllah nanti kalau ada rezeki, plan lain utk KL pulak

      Delete
  3. Salam takziah buat Afika...kalau JB punya area boleh refer dengan blog Srikandi Tanah Jauhar atau Sis Lin..blogger Nonasani pun ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak...itula nanti free-free nieyl try tgk blog dieorng...

      Delete
  4. salam takziah.buat afika
    wah..bestnya gi holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak...
      Aah tu la..dah lama x gi holiday ni...
      ni masih lagi survey ticket flight yg murah ke JB.....

      Delete
  5. Salam takziah buat afika ..
    CCL belum pernah jejalan area johor ni ..kena rikki la tempat2 yg best . Pernah sekali sampai johor area mersing .. itu pun pergi atas dasar kerja .. ada kursus .. tak sempat nk jejalan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)