18 June, 2024

Menu Hari Raya Aidiladha

 


Menu Hari Raya Aidiladha | Tahun ni raya aidiladha nieyl sama seperti tahun-tahun yang sebelum ni. Kebiasaannya sehari sebelum raya, nieyl lah orang yang kena pergi beli barang-barang yang nak dimasak untuk hari raya. Selalunya mak nieyl akan sebut barang-barang yang diperlukan dan nieyl akan tulis sebabnya kalau ingat guna otak sepenuhnya confirm nanti ada je benda yang terlupa nak beli dan balik kena marah dengan mak.

Tahun ni mak nieyl plan memang nak buat rendang ayam, pecal dan rebus nasi impit. Kuah lodeh tu pun pagi nak beli barang tu mak baru cakap suruh nieyl masak kuah lodeh sikit. Itupun memang nieyl buat sikit je satu periuk sederhana je. 

Kuah lodeh yang nieyl masak semalam, dapatlah beri adik beradik sikit yang dikeliling rumah ni.  Kuah lodeh ni paling simple nak buat dan tak perlukan bahan yang banyak dan paling penting suun tu jangan masukkan terlalu awal, sebab dia akan kembang dan serap kuah tu akan jadi pekat. 

Kalau orang jawa,pecal ni memang kena adalah. Macam nieyl ayah nieyl jawa, jadi pecal ni memang selalu ada waktu perayaan terutamanya hari raya aidilfitri ataupun aidiladha. Tapi kadang-kadang bukan musim perayaan pun boleh je buat untuk makan. Sayur-sayur dia pun mudah je, macam pucuk ubi tu mak nieyl petik je belakang rumah tu, ada timun, tauhu, kacang panjang, tauge ni option tak pun boleh letak sengkuang juga. Kuah pecal ni nieyl tak buat, biasanya nieyl akan beli dekat biras nieyl mak dia memang jual instant punya sedap sangat-sangat. Nanti nieyl review mana tahu korang nak beli, boleh nieyl tolong poskan..hehehe..

Last sekali rendang ayam. Selalunya mak nieyl petang sehari sebelum raya tu akan masak rencah-rencah rendang dulu dan masukkan ayam seketika, kemudian pagi raya mak nieyl akan panaskan sampai kering. Supaya ayam tu tak hancur, cantik je ayam dia.. Mak nieyl punya cara, dia tak suka kelam kabut masak pagi raya semua benda, yang mana boleh buat awal, dia akan buat awal.. Macam nieyl, suka jenis rendang basah macam ni, mak nieyl pula suka jenis kering..Tapi kali ni mak nieyl buat jenis basah jadi, cepatlah habis rendang ayam dia..

3 menu je yang kiteorang masak untuk aidiladha tahun ni. Itupun ngam-ngam je tak membazir,dapat bagi adik beradik rasa. Korang pula menu raya apa tahun ni?

6 comments:

  1. Kak SA geng ngan mak Nieyl..suka rendang kering...hehehe...pecal tu..aduhai..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Rumah saya langsung x masak apa untuk juadah raya. Sbb wife masih dalam pantang. Nasib baik rumah mentua dekat. Kami terjah makan sana je la.. Hehhee

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok pecal jawa tu .. rendang ayam ni dapat cicah dengan ketupat sedap juga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)