Kenangan bersama Kak Jane | Nieyl rapat dengak kak Jane start 2022, kak jane seorang yang sangat lemah lembut, susah nak nampak dia marah dan bila dia diagnosis kanser pun dia sentiasa tersenyum dan dia sentiasa kuat dan berfikiran positif dan ada semangat nak sihat. Pada awalnya Kak Jane berbelah bahagi nak buat rawatan dekat sini ataupun di Kuching. Last kak jane pilih untuk sambung rawatan dekat Kuching bersama parents dan mohon cuti kanser.
Kenangan bila nieyl dengan kak maziah nak pergi derma darah..Kak Jane, Puan H teman kitaorang. Kak Jane teman nieyl masak check tekanan darah, masa derma darah pun dia teman. Dia seorang kakak yang sangat ambil berat dan sangat baik. Muka dia sentiasa ceria dan tak pernah tak senyum.
Masa selesai first chemo, Kak Jane buat surprise datang sini.. Kitaorang keluar makan tengah hari sama-sama. Kemudian beberapa bulan kemudian, Kak Jane datang lagi dan kali terakhir nieyl jumpa kak Jane bulan 9 2023 masa last dia datang ke sini. Kak Jane ni dia suka buat surprise , dia tak bagitahu pun dia nak balik sini ke apa, tahu-tahu je dia wasap ajak lunch.. Dia tak pernah lupa nieyl kalau balik ke sini walaupun sehari dua.
Masa birthday nieyl tahun lepas , Kak Jane dengan Puan H buat surprise belikan kek, belikan coffee.. Ya Allah terharu sangat kebaikan dan kasih sayang Kak Jane. Kak Jane tiada ganti dalam hidup nieyl.
Kenangan kena Prank birthday dengan kiteorang. Inilah kali terakhir kiteorang celebrate birthday kak jane bersama-sama sebelum kak Jane akan start cuti balik ke Kuching Bulan depannya. Kita nak Kak Jane sentiasa kuat dan kami sentiasa ada dekat kak jane sampai bila-bila ketika itu.
Malam tadi masa nieyl tengah makan malam, nieyl terima whatsapp berita kepulangan Kak Jane, nieyl terus stop makan walaupun depan mata tu lauk fav nieyl, nieyl terus cuci tangan dan pinggan terus masuk bilik. Nieyl betul-betul terkejut dan tak percaya apa yang nieyl baca.
Chat nieyl dengan kak Jane last pada hari jumaat, kak Jane share QR untuk nieyl share dia buat sedekah pagi jumaat. Dan sebelum tu 19 Jun dia reply chat nieyl, actually kak Jane ni memang jarang buka IG chat..selalu whatsapp je, pada 19 Jun tu dia reply dan rindu nak jumpa..Allahuakhbar..Allah je yang tahu betapa rindunya ketika ini. Tapi nieyl redha atas pemergian Kak Jane, mungkin Allah nak kurangkan sakit Kak Jane, nak Kak Jane berehat. Semoga syurga untuk Kak Jane syg...love u miss u kakak... Al- Fatihah
salam takziah..
ReplyDeleteal fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin..
hilanglah sudah penderitaan arwah di dunia...semoga Allah terima amalan arwah sepanjang hayatnya
ReplyDeleteSalam takziah...bergenang airmata akak baca...
ReplyDeleteSalam takziah , al fatihah untuk arwah kak Jane . Moga tenang di taman syurga . Moga dipermudahkan segala urusan akhiratnya
ReplyDelete