27 June, 2024

Raisya suka buat math

 

Raisya suka buat math | Bila nieyl dah start bekerja, memang masa dengan raisya ni weekend je, dah pesan dekat dia setiap hari sabtu dan ahad, datang rumah buat homework selama 1 jam. Nieyl memang ada beli buku latihan dekat rumah nieyl untuk Raisya. Hari tu nieyl beli BM ngan Math je..Alhamdulillah dua-dua buku latihan tu dah nak habis dia buat, yang paling dia suka math. Sekarang ni nieyl fokus raisya buat latihan tambah-tambah je, nampak semakin hari semakin laju dia buat. 

Lepas habis buka math tambah ni, nak ajar dia buat tolak pula. Hopefully dia cepat belajar , risau la bila tengok silibus darjah 1 sekarang..risau tak boleh nak bawa je, tu yang nieyl cuba buat dari sekarang supaya nanti dia tak tertinggal. 

Raisya ni dia memang boleh fokus dan belajar dekat rumah nieyl je. Kalau dekat rumah dia sendiri, hurm..nieyl memang tak percaya kalau dia buat homework dekat rumah. So, nieyl memang suruh dia buat dekat rumah nieyl selalu. Biasanya nieyl akan duduk depan dia sambil pegang rotan..hihii..acah-acah je biar dia takut sikit. 

Kalau bab mengaji , dia akan pergi rumah mommy dia ngan baba dia. Mommy dia garang kalau bab mengaji ni, so..dia memang akan belajar solat dan mengaji dekat situ. Ibu dia kerja, uruskan rumah, uruskan 2 orang lagi abg dia..Jadi, Raisya ni memang dari lahir lagi dengan nieyl dan mommy dia. Sekarang ni bila mommy dia dah ada baby sendiri, jadi masa dengan dia tu kurang dah laa dia banyak dengan ibu dia dengan nieyl. Tapi nieyl pun ok je, sebab nieyl pun dekat rumah tak ada anak, so sesekali dia datang rumah tu, riuh la rumah dengan bebelan dia tanpa henti heheheh.. 

3 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)