20 June, 2024

Popia Oh Popia


Popia Oh Popia |  Minggu lepas saja je ajak kakak ipar nieyl pergi breakfast dekat luar. Sebab biasanya hari sabtu dia kerja, kebetulan minggu raya ni dia cuti jadi bolehlah ajak dia teman pergi breakfast. 2 kedai makan yang selalu nieyl pergi tu kebetulan tutup pula jadi tak ada pilihan, nieyl pun pergi la satu kedai ni kiranya first time la makan kedai ni. Presentation tempat kuih muih dia memang menarik dan kuih muih dia pun nampak sedap je semua, oleh demikian..nieyl pun ambil lah beberapa kuih dalam pinggan untuk share dengan kakak ipar nieyl. 

Antara kuih yang memang fav nieyl adalah popia. Boleh dikatakan mana-mana pergi pun nieyl akan cari popia goreng sira ni. Oleh kerana kedai yang nieyl pergi tu ada kuih popia sira tu nieyl pun ambil 2 ketul. Masuk je mulut, gigit..aduhaiii...hati sangat kecewa melihat inti dalam popia ni..dia gulung padat-padat, inti dia alahai..kau makan tak rasa inti pun, rasa kulit tebal tu..aduhaii..fail! Peniaga-peniaga ni pun kalau ya pun janganlah begitu, letak lah inti tu betul-betul..seketul 70sen tau popia ni..Tengok luar memang cantik , hati dalam dia adoi..ciput bebenor kome..hailah..Siapa pernah kena macam ni?atau kuih lain?karipap selalu kan kena mcnie juga..

4 comments:

  1. Mana- mana pun sama...sebab tu akak lebih suka buat sendiri...boleh letak inti

    ReplyDelete
  2. Isi cipur jer, kulit popia tu yg tebal memang xsedap la nak makan , tak paham dengan peniaga sekarang ni, tahu barang semua mahal .. tapi nak menjual tu kena buat betul-betul . Pembeli pun beli keluarkan duit .

    ReplyDelete
  3. tu la..geram je bila kena mcm ni kan.. dah la mahal kuih sekarang ni
    tapi jumpa yg sedap tu...puas hati bayar mahal2 kan

    ReplyDelete
  4. Tuhlaah, paling kesal kalo dapat kue yg isi hanya sedikiiit. Mahal pula. Padahal sebagai pembeli Hrg mahal pun kalo memang sedap kita pasti tak kisah kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)