05 June, 2024

Hari Pertama Kembali Bekerja

 

Hari Pertama Kembali Bekerja | Assalamualaikum..fuh!baru lega bila dah dapat tempat bilik dan PC. Baru ada sempat nak share dalam blog hari ni. Alhamdulillah semalam 4 Jun nieyl dah selamat melaporkan diri sebagai pekerja. Wah!lain macam dia punya permulaan bekerja ni, berdebar-debar macam pertama kali nak masuk kerja. Kalau korang follow blog nieyl mesti tahu berapa lama nieyl jadi suri rumahtangga yang berjaya kan hahaha berjaya menternak lemak-lemak hehehe. 

Semalam nieyl dah pun bermula bekerja kembali di jabatan digital sebagai PA. Kalau di tanyakan perasaan tu kan, gembira campur sedih sebab nieyl tidak lagi bersama bahagian lama nieyl untuk kali ini, nieyl ditempatkan di bahagian lain tapi masih lagi bangunan yang sama so,tak adalah sedih sangat sebab masih boleh lepak lagi dekat bahagian lama tu sebab dieorg masih mengharapkan keajaiban yang tak mungkin berlaku untuk nieyl kembali kepada mereka. 

Apa-apa pun terima kasih kepada korang yang mendoakan nieyl dan teruskan berdoa untuk kawan-kawan yang lain juga semoga apa sahaja doa yang baik itu akan kembali kepada kita..InsyaÁllah... dan doakan juga nieyl terus rajin update blog lepas ni tau....

Ok korang, nanti nieyl update lagi ok..nak pergi lunch..


5 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan Nieyl..amin

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..moga terus success Nieyl..all the best!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah .. walaupun di tempat yang berbeza tapi tetap di bawah satu bumbung lagi kan . Selamat bekerja ..semoga selesa

    ReplyDelete
  4. Moga yang baik2 ajer buat Nieyl ya.

    ReplyDelete
  5. tu yg lecehkan..kena mulakan perbualan, kena kenal semula dengan orang lain

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)