14 June, 2024

Dari Kecil Minat Memancing

 

Dari Kecil Minat Memancing | Nieyl ni ramai anak-anak buah yang meningkat remaja ada, yang kecil ada dan hidup nieyl memang tak pernah sunyi dengan ragam-ragam dieorang. Masa cuti sekolah seminggu tu, anak buah nieyl yang sorang ni memang hobi dia memancing, dia ikut ayah dia suka memancing. Boleh dikatakan setiap hari dia akan pergi memancing dan kadang-kadang tu dia balik memang bawa ikan walaupun 1 ekor. 

Hari tu pagi dalam pukul 10 pagi dia datang rumah nieyl, tanya ada plastik besar tak dia nak simpan ikan. Lepas tu nieyl tanyalah, besar sangat ke ikan yang dapat tu sampai nak plastik besar-besar. Sekali tu dia bawa ikan yang dia dapat tu mak ai..9kg sister..hahaha. dan 2 ekor lagi dia dapat sederhana tapi yang dalam gambar ni paling besar. 

Nieyl tak tahu ikan apa ni..nieyl tahu makan je hehehe, sedap isi ikan ni manis. Anak buah nieyl sorang ni memang suka memancing, hasil-hasil ikan yang dia dapat tu weekend mak dia akan masak. Tak apalah dah dia minat memancing kan, biarlah nieyl kata daripada dia melepak bergaul dengan orang-orang yang merokok ke apa ke itu yang nieyl lebih takutkan..betul tak..

5 comments:

  1. Wah...subhanallah..besar sungguh ikan dia dpt tu..9kg kan...bestnya
    Org sabar je yg leh mancing ni..kalau kak ayu..pancing kat mall je la..😅

    ReplyDelete
  2. Fuhhh besarnya ikan ni Nieyl....akak pun tak tahu ikan apa...

    ReplyDelete
  3. wahh besarnya ikan. tentu dia extra seronok dpt ikan sebesar tu kan. saya takda kesabaran bab memancing ni..

    ReplyDelete
  4. Mak aiii besor nya... Rezeki tu alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Kemain besar ikan tu .. takut tengok . Heheh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)