C erita tentang kerja | Sebelum nieyl berbicara lanjut tentang workstation baru nieyl, mungkin ada yang baru tahu, nieyla dah kembali berkhidmat untuk negara cehwahh..Alhamdulillah, awal bulan 6 nieyl selamat lapor diri di salah satu jabatan kerajaan. Masa iklan jawatan kosong dikeluarkan tu nieyl mohon jawatan Pembantu Tadbir/Kerani. Bila dapat surat tawaran kerja, jawatan yang ditawarkan kepada nieyl Pembantu Setiausaha Pejabat. Agak mengejutkan la sebabnya nieyl fikir nieyl akan kembali ke bahagian lama nieyl tu, tapi bila dah dapat surat tawaran tu, nieyl pasrah dan redha jela berpindah ke bahagian baru.
Hari isnin baru ni 10 Jun, nieyl official jadi PA kepada 3 orang boss. Ha..bukan seorang tau, dia kasi 3 orang terus. Tapi tak apa, nieyl anggap ini cabaran dan nieyl akan guna segala pengalaman nieyl jadi PA yang bertahun-tahun tu. The part yang paling best adalah 3 orang boss yang nieyl jaga ni semua kenal nieyl dah. Boss 1 adalah boss nieyl masa dekat agensi lama dan nieyl PA dia dulu..hehehe..kembali berjodoh orang kata. Boss 2 pula adalah pegawai yang sama-sama satu bahagian lama dengan nieyl, dia naik pangkat tukar bahagian dan boss 3 pula pernah duduk satu ruang dekat bahagian lama nieyl dulu.
Ya Allah tak tahu nieyl nak gambarkan perasan bersyukur nieyl, Allah sentiasa mudahkan urusan nieyl. Rezeki dapat bos-bos yang kenal dan baik-baik. Semoga nieyl sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas-tugas rasmi..
Alhamdulillah.. Walaupun kena jaga 3 boss... Dipermudahkan semua boss dah kenal
ReplyDeletealhamdulillah.. dipermudahkan segala urusan nieyl..
ReplyDeleteselamat berkhidmat untuk 3 boss yg hebat dan untuk negara jugak.. hihi
alhamdulillah..aturan Allah tu sentiasa yg terbaik kan.. Allah duga sekejab, pas tu Allah kasi rezeki.. jaga 3 bos sekali tu and semua yg kenal2...moga semua urusan kerja dipermudahkan...aamiin....
ReplyDeleteRezeki tak pernah salah alamat untuk orang yang sentiasa ada usaha nak mencari. Semoga Allah sentiasa mewahkan rezeki kita semua, permudahkan urusan seharian kita semua, aamiin.
ReplyDelete