Lunch di Richiamo Coffee Tamarind Square Cyberjaya | Hari jumaat adalah hari berjimbara hihihi sebab hari jumaat waktu rehat panjang sikit jadi bolehlah kalau nak lunch dekat luar untuk ambil cahaya matahari sikit kalau tidak 8 jam duduk dalam bilik aircond je kulit pun jadi kering. Minggu ni syida baru naik kerja hari khamis dan hari ni, pukul10 pagi dah whatsapp nak ajak coffee-coffee lunch tapi biasalah syida ada discussion selalu hari jumaat habis lambat sikit, keluar jumaat hari tu pun pukul12.30 tengah hari. Tapi masih ok lagi sebab tamarind square tu dari office dalam 10 min je kalau jem tak panjang hehehe.
Jom tengok apa yang nieyl dengan syida makan dekat Richiamo, sebelum-sebelum ni nieyl selalu beli coffee je ni first time nak rasa food dia pula. Selak menu dekat 10 minit juga sebab tak tahu nak makan apa, itulah dia perempuan kan..nak pergi makan dah sampai, tak tahu nak pilih makanan pula. Dekat sini dia ada set nasi, pasta, dessert pun ada. Jom tengok apa yang kiteorang order..
Nieyl pilih Speghetti Beef Bolognese sebab fikir kang petang balik rumah nak kena makan nasi lauk yang mak masak. Jadi, kita makan pasta jela. Untuk pasta ni , nieyl rasa biasa je sama macam pasta-pasta kedai westren yang lain. Harga dia Rm13.40.
Syida dia pilih Set nasi asam pedas ikan tenggiri , sebab syida ni dia suka makan asam pedas rasanya sebab dah banyak kali pergi makan mana-mana dengan dia, pilihan dia mesti asam pedas atau lemak. Untuk set ni harga dia RM16.40, rasa dia untuk nieyl biasa-biasa je..Maybe next time boleh try makanan lain pula..
For the first time syida suruh nieyla try kata dia croissant ni sedap sebab dalam dia ada telur masin. Dengar macam menarik kan dan tak pernah makan lagi selain dari kuih bulan tu la. Lepas dah makan habis speghetti tu, baru la kita potong-potong nak rasa.
Nieyl zoom sikit dalam dia, nampak tak telur masin dia tu cair tapi rasa dia sedap, tak adalah masin pun, dia telur masin yang merah oren tu, rasa lemak-lemak masin dan terasa kasar telur masin tu ada lagi. Ya Allah memang sedap sangat sampaikan weekend dekat rumah nieyl asyik teringat je tau hahaha.. Nama dia Salted Egg Yolk Croissant Harga dia Rm10.40 je, topping atas dia tu kan rasa macam susu tepung. Nanti korang try la..sedapp tau hehehe..nanti nieyl nak repeat lagi hahaha
Memang hot menu RC ni SEYC. kena lak dengan hot latte, memang shedapp
ReplyDeletenampak sedap semuanya
ReplyDeletealahai menggoda nya tgk makanan.. haha
ReplyDeleteNice =D
ReplyDeleteKak SA pernha makan Croissant dia..sedap...tapi menu lain blom pernah cuba..nanti nak cuba la
ReplyDeleteKuah asam pedas tu ..nampak terliur macam nk hirup hirup jer
ReplyDelete