27 June, 2024

Resepi Kari Kambing

 

Resepi Kari Kambing | Nieyl bila tiba hari bercuti sabtu dan ahad lah yang nieyl boleh memasak untuk husband dan mak. Hari biasa memang mak nieyl yang masak sebab mak kata kesian dekat nieyl balik kerja dah penat, nak kena masak tapi sebenarnya boleh je balik kerja tu nieyl masak tak ada masalah pun tapi setiap kali balik kerja, mak dah siap masak semua. Jadi, nieyl boleh bersyukur jela..dan nieyl boleh bersihkan diri dan rest.

Weekend bila ada dekat rumah, nieyl memang akan masak. Macam sabtu lepas ni nieyl masak daging kambing yang husband nieyl dapat masa korban hari tu. Dia dapat setengah kilo macam  tu. Jadi, nieyl pun masakkan kari untuk dia. 

Bahan-bahan

Daging kambing di rebus ( jgn dibuang airnya)
Bawang Merah (dikisar)
Halia (dikisar)
Bawang putih( dikisar)
Bunga lawang
Kayu Manis
Bunga cengkih
Daun kari
Rempah kari daging
Cili kisar
Ubi Kentang
Santan
Garam
Asam jawa

Cara Memasak
  1. Tumis bahan kisar bersama 3 sekawan sehingga naik bau dan masukkan daun kari
  2. Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan sedikit air. Dan masukkan juga cili kisar untuk rasa pedas sedikit, kacau sehingga pecah minyak dan masukkan ubi kentang.
  3. Masukkan daging kambing dan air rebusan.
  4. Masak seketika dan masukkan santan dan garam secukup rasa dan asam jawa.
  5. Masak sehingga mendidik dan masak dan boleh dihidangkan




7 comments:

  1. Fuhhh ini memang hubby suka ni tapi tak reti sangat nak masak kambing ni sebab kalau silap masak bau hamis.....selalunya beli ajer.

    ReplyDelete
  2. Tak aci ni..kena masak jugak macam resepi yang akak share tu...nak buat la weekend ni..esok Dania dah last kerja dah

    ReplyDelete
  3. sedapnya kari kambing tapi sy xleh makan kambing..
    tengok gambar jela mampu.. hihi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kari kambing! Makan dengan nasi atau roti memang sedap.

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. kak ayu x pandai masak kambing..makan pandai..he he..

    ReplyDelete
  6. Aromanya boleh terasa ni. 😭

    ReplyDelete
  7. Fuhh sedap nii .kalau ada pulut kuning sekali nii makan dengan kari kambing .. lazat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)