19 July, 2024

Tolong Buang Akar Taugeh

Tolong Buang Akar Taugeh | Bila hari cuti Raisya memang banyak habiskan masa dia dekat rumah nieyl. Bangun tidur ke dengan tak mandi, rambut serabainya tu datang rumah. hahaha.. Kalau tanya kenapa tak mandi lagi, dia kata nak mandi rumah nieyl. Jadi, baju-baju dia tu banyaklah ada dekat rumah nieyl tu. Bila-bila dia nak mandi rumah nieyl, dia datanglah ikut suka dia. 

Weekend selalunya nieyl akan masak, jadi bila dia ada dekat rumah tu, nieyl memang kerah tenaga dia buat kerja hahaha..tak adalah, saja nak ajar dia buat kerja dapur sikit-sikit. Kali ni nieyl minta tolong dia buangkan akar taugeh sebab masa ni nieyl nak buat kerabu taugeh. 

Dia tak panggil akar taugeh, dia panggil ekor taugeh..aduhai budak ni..membebel buat tu tapi lama-lama siap juga.. Tapi dengarlah dia membebel cakap bila nieyl nak datang tolong dia ni..hahaha..nieyl buat 2 lepas tu nieyl masuk dapur balik, saja biar dia buat sampai habis. Bila dah habis tu, dia akan cakap jangan suruh adik buat kerja lagi ya...penat lah..dia nak main pula hahaha..

Umur raisya dah 6 tahun, tapi celoteh dia tu kan dah macam orang tua. Kalau makan tu asyik jela nak bercerita, sampai kadang-kadang mak nieyl marah, cakap makan mana boleh bercakap. Dia jawab kalau tak bercakap macam mana mulut nak muka masuk makanan..korang rasaaa...aduhai budak niii...

 

5 comments:

  1. Raisya mulut potpet sama mcm anak buah Ana jugak si Kakak (Syaura) ade je potpetpotpet nak dibebelnye hehehe

    ReplyDelete
  2. kita tak buang akar taugeh tapi buang kelopak biji kcg hijau yg dah hitam tu jer..
    Budak tu ikut apa yg dia nmpak la.. ekor pun ekor la hahhah :D

    ReplyDelete
  3. adoi Nieyl kak ana bab buang akar togeh lah paling stress sekali hehe :)

    ReplyDelete
  4. rajin nya dia.. cik ayu pun malas bab taugeh ni tau

    ReplyDelete
  5. haha justification dia semata-mata nak juga buka mulut untuk bercakap.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)