01 July, 2024

Akhirnya Dah beli Dah

 

Akhirnya Dah beli Dah | Lebih kurang 2 minggu , nieyl dengan syida survey ticket flight untuk ke JB. Pagi tadi sambil breakfast, sekali lagi tengok harga ticket pagi tadi seorang RM85.72 pergi dan balik. Bajet kitaorang pun dalam Rm100 untuk ticket, tapi pagi tadi tu Alhamdulillah dapat yang under bajet. So, duit lebih tu boleh tambah-tambah untuk booking hotel bulan 7 nanti. 

Nieyl dengan Syida pilih untuk naik flight sebab pertama tak nak buang masa atas jalan raya, lepas tu kebetulan harga ticket tu lebih murah kos nya berbanding kos drive dari KL ke JB tu. Kitaorang akan pergi hari Jumaat pagi dan balik Ahad pagi juga. So, lebih kurang 1 hari setengah ada untuk jalan-jalan cari makan dekat JB..Excited sebabnya first time nieyl nak ke JB ni macam syida sebelum ni dia pernah sampai Batu Pahat dan Muar. Area JB dia pun tak pernah sampai lagi dia kata..

So, untuk flight Alhamdulillah dah settel. Bulan 7 nanti kita akan settelkan hotel pula. Cuma nieyl dah cakap dah dengan syida dan afika. Nieyl nak hotel bajet je, tak perlu nak mahal-mahal sebab kita memang tak duduk dalam hotel pun, just untuk tidur malam sahaja, jadi kita akan spend duit ke Makan dan jalan-jalan je. Nanti bila dah settel hotel, nieyl share bajet hotel yang nieyl dapat dengan korang. 

Dalam pada masa yang sama, kiteorang dah ada beberapa tempat yang nak pergi cuma belum betul-betul confirm lagi, yang itupun nanti nieyl akan share juga dengan korang planning sepanjang dekat sana. Nieyl suka travel tapi cara nieyl sebelum pergi kena ada perancangan ataupun kena ada itinerary sepanjang berada di sana, sebab nieyl jenis tak suka bila dah sampai baru nak fikir nak pergi mana dulu. So, afika dan syida ni memang dah tahu dah perangai even adik-adik ipar nieyl pun kalau kiteorang planning nak bercuti, diaorang akan cakap "maklong siapkan itinerary" jadi dieorang akan follow , ha..macam tu barulah cuti yang berbaloi, tak buang masa..

Dan satu lagi, kalau pergi travel dengan nieyl korang tidak dibenarkan membazir ya hahaha..never ever terutama untuk hotel, tiket-tiket bas ke, kereta api , flight ke..sebab kalau kita bijak kita memang boleh berjimat. Jadi afika dengan syida ni diaorang memang dah tahu dah..Nieyl lebih suka lebihkan duit dekat makanan..tapi dekat makanan pun biasanya kitaorang bertiga ni akan beli sorang 1 makanan yang berbeza dan sharing rasa-rasa sebab banyak tempat makan yang kitaorang plan nak pergi. Jadi , 3 minggu ni misi nieyl nak cari duit pergi holiday hehehe..wish me luck..


6 comments:

  1. Wah nice..Happy holiday dear =D

    ReplyDelete
  2. semoga Allah lancarkan perjalannnya.. ameeennnn

    ReplyDelete
  3. best nya..happy holiday, have fun!!!

    ReplyDelete
  4. Seronok nye kalau ada ketua mcm nie.. Hihihi.. Linda memang tak reti, jenis folo je...

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan nnti ..betul kalau CCL pun suka cari hotel yg murah , tapi selesa ..sbb pergi berjalan tak stay lama² dalam bilik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)