04 July, 2024

Bos rajin bagi makanan

 

Bos rajin bagi makanan | Minggu ni ada jual hari isnin , biasalah kalau ada jualan je Dr. Bos nieyl suka bagi nieyl makanan. Kali ni dia bagi ni buah anggur hijau, nieyl bawa balik untuk dikongsikan dengan mak ayah husband. Nieyl bawa sikit ke pejabat esoknya tu buah anggur ni kan nampak macam masam, tapi manisnyaaa...rangup dan tak ada biji. Next week kalau ada jualan lagi, nieyl nak beli la memang sedap rasa dia. 

Sorang lagi bos nieyl minggu lepas 3 hari dia pergi kursus Pra Persaraan di Langkawi. Bila dah sampai langkawi dia wasap nieyl, tanya nieyl nak coklat apa nanti dia beli. Biasanya kalau langkawi nieyl suka Kisses almond dan juga kinder bueno tak kisah white atau coklat. Ingatkan bos beli yang kecil, dia beli yang besar untuk nieyl, Alhamdulillah..semalam nieyl bagi syida sikit coklat supaya dia sentiasa manis dengan senyuman. 

Dapat bos-bos yang baik itu juga rezeki. Jadi, sentiasa ingat bahawa rezeki kita di ada di mana-mana dan tak akan sama dengan orang lain. Cuma jika ada rezeki yang lebih, jangan lupa share dengan orang lain juga okay...

3 comments:

  1. waahhhh bestnyaaa dpt boss yg baik baik mcm tu!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ~ best nya ada boss pemurah mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki dpt bos yg baik2 ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)