30 July, 2024

Dapat Harga Tiket Flight Murah


Dapat Harga Tiket Flight Murah | Bila kita nak pergi travel dalam atau luar negara perkara pertama yang kita selalu akan buat adalah survey harga tiket flight betul tak?Sama juga dengan nieyl masa nak pergi JB tu, ada orang kata alaa JB je pun itupun nak naik flight.. So what? Ikutlah kepada kemampuan dan kelaratan orang. Macam nieyl dengan syida ni tak biasa nak drive jauh-jauh dan lagipun kitaorang nak jimat tenaga drive berjam-jam mengadap jem semua tu. 

Berminggu juga nieyl dengan syida survey tiket nak dapat harga yang lebih murah. Bajet kitaorang adalah bawah RM100 pergi dan balik. Tapi nak dijadikan cerita, memang rezeki kitaorang dapat harga jackpot murah gila, terus je grab tak nak tunggu lagi dah,sebab rasanya harga yang kitaorang dapat tu adalah yang terendah dah tu. 

Cumanya nieyl tak ambil untuk pilih seat, nieyl dengan syida redha je dapat seat yang air asia bagi bila check in tu. Kalau ikutkan dalam resit tu total amount yang kitaorang kena bayar adalah RM171.44 untuk pergi dan balik. So, kalau bahagi 2 ..jatuh seorang RM85.60. masih dalam bajet nieyl, good jobs nieyl!

Nieyl memang tak ambil untuk pilih seat,sebab perjalanan ke JB mengambil masa lebih kurang 30-40 min sahaja. Jadi, takyahlah membazir nak pilih melainkan kalau pergi suami isteri ke, ada anak-anak ke itu mungkin kena beli lah kot seat . So, seat nieyl dengan syida sebelah-sebelah dipisahkan dengan lorong jalan tengah. Kira oklah masih lagi boleh senyum-senyum pandang sebelah hehehe..

Ini saja je lah nak share, pengalaman naik flight hari tu..Actually seat yang nieyl dapat adalah 31D, so.. dua seat sebelah nieyl tu 2 adik beradik berbangsa cina. Kakak nieyl heboh nak duduk tepi tingkap dan adik lelaki pula badan gempal sikit duduk sebelah nieyl. Sepanjang dalam flight tu, budak lelaki ni duduk memang tak nak mengalah betul, dahlah seat airasia untuk domestik ni sempit dan kecil, so..budak ni memang letak tangan dia lebih dari kawasan nieyl lah. Sebab dia sibuk main game dekat ipad dia tu, kejap-kejap senggul tangan nieyl. Aduhai..tak tenang dibuatnya..lepas tu duduk pula jenis terkangkang, dah nieyl tersepit terpaksalah mengalah menngiring badan ke sebelah syida tu.. Bayangkan 40 min nieyl kena mengiring, turun je flight..peh!urat belakang nieyl sakit gila weh.. nak tegangkan badan tu terasa sakit gila..

Sudahnya hati nak berjalan tapi badan urat ni sakit gila tegang dia, sampaikan nieyl kena cari kerusi urut hahaha..adoilah lawak!Itu masa dalam flight, masa nak ambil beg dekat atas tu pun sama budak yang sama , memang jenis tak menyabar la..main langgar je..aduhai rasa nak tarikkkk je telinga dia hahaha..

Itulah cerita nieyl nak share pengalaman dalam flight...korang ada tak pengalaman mcnie?ataupun lagi teruk...












6 comments:

  1. Kalau akak suka gak duduk aisle seat ni..sebabnya senang nak keluar pi toilet atau masa nak turun..hahaha...tp terpaling suka seat tepi tingkap seba nak amik gambar awan...

    ReplyDelete
  2. eish...geram betul jenis takde manners macam tu...memang boleh bawak gaduh..
    linda memang tak pernah naik flight, takde pengalaman lagi...kikiki

    ReplyDelete
  3. kadang kalau naik bus pun sama nieyl..ada yg jenis duduk terkangkang pastu kita kat tepi tersepit. pastu tangan dia masuk kawasan seat kita, bila terkena dia boleh pulak buat bunyik kat mulut padahal dia yg masuk kawsan kita.

    ReplyDelete
  4. Begitulah nasib kita marhain naik airasia.. seat kecil sempit.. bertabah la.. tapi kalau saya mau kena tempik kalau org sebelah tak reti duduk diam dalam flight.. Walau ke JB 40 mnt tapi nak la juga selesa kan.. tak apa lah Nieyl..

    ReplyDelete
  5. murah sgt...rezeki nieyl la..alhamdulillah
    alamak.. x best nya ..x leh sound skt ek.. agak2 la, kita pun bayar tiket gak

    ReplyDelete
  6. saya paliiiing tak sanggub kalo sebelah saya bau badan. Betul2 rasa nak pindah. Krn itu selalu sedia masker dan peppermint oil dalam tas. Kalo dapat yg bau badan, boleh lah di tetes oil di masker 🤣

    So far pengalaman paliiing tak enak, saat saya ke Tokyo dengan air asia X. Sebelah saya foreigner, lelaki, handsome, tapiiii bau kaki ya Allah 😱😱. Dia lepas sepatu dalam pesawat. My goodness, nasib baik seat samping suami saya kosong. Saya langsung pindah kesana 🤣🤣🤣. Kami pun paling tak pernah reserve sea kalo naik airasia walopun pergi dengan anak2. Sengaja saja. Tapi kali itu bersyukur seat samping suami kosong.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)