22 July, 2024

Resepi Corn Ribs

 

Resepi Corn Ribs | Inilah dia bila selalu sangat terdedah dengan TikTok, bukan sahaja teracun membeli belah barang, kadang-kadang teracun dengan benda-benda yang viral ni. Tapi kalau masak memasak ni teracun suami tak marah, sebab isteri dia rajin memasak hehehe.. Actually benda ni kan dah banyak kali dah lalu lalang tapi tak ada mood lagi nak try sebab kena cari jagung. Bila kebetulan ternampak jagung, terus teringat nak buat..so, jom tengok apa resepi dia..

Bahan-bahan

Jagung
Butter
Bawang Holland dan bawang putih
Chili Flakes
Fresh milk
Paprika
Serbuk kari
Garlic powder
Cooking Cream/susu pekat
Black Papper
Garam
Mixed herbs
Lemon Juice

Cara Memasak
  1. Jagung di potong 3, kemudia dibelah memanjang dan direbus seperti biasa jangan lupa letak garam tau
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, bawang holland, bawang putih dan chili flakes.
  3. Kemudian masukkan susu fresh, paprika, serbuk kari, garlic powder, susu pekat / cooking cream, black papper. garam, mixed herbs dan lemon juice. 
  4. Last sekali masukkan jagung yang telah di rebus tadi ke dalam sos yang kita dah buat tadi, gaul rata dan boleh hidang.
Rasa dia macam buttermilk pedas-pedas manja..sedapppp..ada juga yang lepas rebus jagung tu, dieorang goreng jagung tu pula, rasa dia extra sedap lagi. 

Selamat mencuba...



5 comments:

  1. oh tak pernah pulak resipi ni melintas kat TT ammi. boleh juga dicuba sebab kat rumah ammi yg paling bongsu memang hantu jagung.

    ReplyDelete
  2. aaaaaa kat tt Ana pon dah byk kali lalu lalang resepi ni! nti nk try jugak hehehe

    ReplyDelete
  3. kak ayu x pernah jumpa plak resepi ni..mcm sedap tapi kena rajin la siap kan mcm2 bahannya yer. he he he

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)