Supplement Yang Nieyl Makan Sekarang | Pagi ni nieyl nak share supplement yang tengah consume. Actually, nak bagitahu supplement ni bukan ubat tau dia makanan tambahan untuk mencegah sahaja. Bila umur dah makin meningkat setiap tahun ni, mula ada kesedaran tentang tahap kesihatan diri.
Sekarang ni setiap pagi nieyl akan amalkan minum segelas cuka epal sebelum breakfast. Nak minum cuka epal ni, first korang kena goncang dulu botol tu, bagi dia larut dulu. Kemudian ambil 1-2 sudu cuka epal dibancuh dengan 200ml air dan boleh minum. First bau dia memang tak enak di hidu hahaha, kedua rasanya pun mai ai masammmm. Memula tu nieyl pun tak terminum tapi lama-lama rasa tu dah lali kot dalam mulut, tekak so, boleh minum macam minum air jus hahaha.
Banyak tau kebaikan cuka epal ni untuk kesihatan kita. Rugi kalau kita tak amalkan dari sekarang.
- Membantu mengurangkan berat badan
- Mengekalkan tahap gula dalam darah
- Merendahkan tekanan darah tinggi
- Merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko sakit jantung
- Ada ciri-ciri antioksidan
lain-lain kebaikan nanti korang boleh je search cuma jangan minum berlebihkan, nanti lain pula akibatnya..minum ikut yang disarankan. Biasa nieyl ambil sehari sekali sahaja, maksimum boleh ambil 2x sehari. Boleh juga minum sebelum makan makanan berat.
Nieyl dah amalkan dekat 2 bulan, Alhamdulillah nieyl memang nampak ketawa perubahan dia pada diri nieyl sendiri. Antaranya proses penghadaman berjalan dengan lebih lancar, nieyl banyak inchloss sampai banyak baju lama dah boleh pakai semula dan nieyl dah jarang sakit kepala dan pedih ulu hati bila lewat makan.
Supplement yang kedua adalah Omega-3. Apa-apa brand pun boleh, macam nieyl guna brand Shaklee semestinya hihihi. Omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan mampu mencegah beberapa jenis kanser. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu : Alpha-linolenic acid (ALA) Eicosapentanoic acid (EPA)
Tak rugi pun kalau korang ambil omega-3 ni. Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dari dia. Antaranya :-
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Membantu perkembangan otak kanak-kanak
- Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah, darah tinggi dan kencing manis
- Mencegah masalah mental seperti kemurungan dan nyanyuk,
- mencegah beberapa kanser
- Meningkatkan tahap kesubuhan
2minggu lepas, gusi belah kiri nieyl bengkak sebab keradangan dan gigi bongsu. Memang nak makan tu agak susah sebab tak boleh kunyah belah kiri, semuanya kena belah kanan. Nieyl memag tak pergi klinik, hahaha..nieyl memang makan omega-3 ni, Alhamdulillah 4 hari keradangan gusi tu beransur surut dan hilang. Proses penghadaman nieyl pun semakin rancak ya kawan-kawan, biasanya sehari sekali je, bila makan omega-3 ni dia berupaya 3x sehari tapi bukan cirit la..dia normal. jad, nieyl tak perlu risau dah.
Kalau ikutkan keturunan , nieyl ni berpotensi untuk dapat penyakit kencing manis dan jantung sebab mak ayah nieyl pesakit jantung dan mak nieyl juga ada kencing manis. Sebab itu jugalah salah satu sebab kenapa nieyl kena amalkan supplement ni awal. Memang betul kata orang jaga macam mana pun kalau ditakdirkan kena tu memang akan kena tapi tak salah kalau kita berusaha untuk mencegah betul tak daripada kita berserah penyakit tu datang dekat kita , lebih baik kita usaha dulu barulah berserah..
Kepada korang yang membaca ni, nieyl doakan semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik,dihindari penyakit-penyakit yang merbahaya..Aminn..
aamin2x...semoga kita sama2 diberikan kesihatan berpanjangan...
ReplyDeleteLinda pun amalkan bio-c, omega dengan lecithin , amway
bagus ambil supplement ni utk mencegah mcm-mcm penyakit kan Nieyl
ReplyDeletedah lama sungguh x ambil omega 3...
ReplyDeleteGood sharing...tq tq
ReplyDeleteKalo cuka apel, saya dah minum setahun kak. Dan memang paliiiing terlihat hasil dari metabolisme tubuh lancar, pencernaan jadi sehat, dan tak ada masalah jerawat. Kalo gula darah saya belum cek . Tapi semoga under kontrol lah. Memang bagus kok cuka apel ini. Tp saya LBH suka minum saat malam.
ReplyDeleteMakin meningkat umur ni memang kita kena banyak jaga kesihatan
ReplyDelete