16 July, 2024

Deko Majlis Retirement Simple

 

Deko Majlis Retirement Simple  | Semalam tak sempat nak buat entry, hari ni barulah ada free time sikit nak menaip panjang dalam entry. Banyak sebenarnya yang nieyl nak share dalam blog, baru sempat masukkan gambar je dulu, masih dalam draf. Nanti tinggal nak taip cerita je. Minggu ni bos-bos nieyl semua tak ada dekat pejabat, dieorang pergi Bengkel back to back..hihihi..nieyl dekat office jadi permaisuri lah sekejap sambil-sambil menyiapkan entry-entry yang tertunggak ni. 

Khamis lepas kan nieyl ada cakap yang nieyl balik kerja lewat sikit sebab bahagian lama nieyl minta tolong deko kan pentas utama untuk majlis persaraan timbalan pengarah nieyl yang lama. Nieyl guna barang-barang yang nieyl ada simpan dalam stor bahagian lama nieyl je, cuma adalah kain yang nieyl minta kelab beli.

Tadaa..inilah hasilnya idea yang nieyl curahkan dalam masa yang singkat. Deko ni dia kena ada time dia, untuk kita fikir apa yang sesuai dan apa yang boleh digunakan. Disebabkan kesuntukan masa dan tenaga sebab nieyl terpaksa pula lari dari aras 5 ke aras 2, jadi kita buat apa yang termampu sahaja. 
Ini kenangan nieyl bersama hasil kerja nieyl. Ini pun nasib baiklah kak emmy ajak bergambar sebelum majlis, kalau tidak..tak ada gambar dekat sini. Majlis pagi tu adalah majlis persaraan dan belah petang pula kita tukar perkataan happy retirement tu kepada Good Luck dan salam perpisahan untuk pegawai nieyl yang berpindah keluar ke kementerian lain. Yang itu nanti nieyl akan share juga entry dalam minggu ini insyaÁllah.. 


4 comments:

  1. morning Nieyl....wah cantik! kreatif sungguh...

    ReplyDelete
  2. morning Nieyl! wahhh cantiknya! tu dlm masa singkat, kalau pnjg sikit mesti lagi boommmm hasil deco nieyl buat kan? hehe

    ReplyDelete
  3. senang,,,guna 1 tempat je...hihihi...lawa je tu nieyl..kalau linda, ke laut dah...hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)