05 July, 2024

Nasi Lemak Paru Dan Daging

 

Nasi Lemak Paru Dan Daging | Plan pagi ni nak buat roti bakar, dah keluarkan dah roti sekali tengok jem kaya habisss..Simpan balik roti sebab jem lain tak ada. Whatsapp Syida sebab nak ajak dia beli breakfast dekat cafe bawah pokok. Lepas tu dia kata tak apa, sebab dia belikan nasi lemak untuk nieyl skali sebab dia pun nak singgah beli nasi lemak. Nieyl pun oklah..

Lepas tu syida whatsapp nieyl, dia kata dia lambat sikit sebab dia sesat hahahaha..adoi la budak sorang ni pagi-pagi dah buat lawak, macam manalah awak boleh sesat dik oi... dia kata dia confident tak buka waze, sekali sesat sampai ke bulatan besar Putrajaya pada hal dia nak ke cyberjaya. Nasib baik sampai office, itupun dia kata buka waze. Kalau tak, ke mana je la dia sampai tu..syida..syida...





1 comment:

  1. kak ayu pun dah 2-3 hari x bawak bekal..
    and sama la menu kita..nasi lemak, tapi kak ayu lauk sotong

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)