30 July, 2024

Stay di Chariton Hotel, Johor Bahru

 

Stay di Chariton Hotel, Johor Bahru | Ok jom nieyl sambung, selepas dah selesai beli tiket flight tu.. Masa untuk mencari hotel-hote yang dekat dan juga under bajet. Ha siapa tahu berapa bajet nieyl untuk hotel??Sama juga bajet untuk hotel nieyl adalah bawah RM100 untuk 3 Hari 2 Malam. Untuk hotel ni memang nieyl nak cari yang selesa dan bersih. Banyak juga yang nieyl survey, banyak yang menepati bajet cumanya banyak yang sold out. Tapi tak apa lah, nieyl teruskan juga mencari sampai nieyl puas hati dengan harga dan keadaan hotel yang nieyl nak stay. hahaha.. cerewet betul nieyl ni kan..

Last sekali nieyl jumpa satu hotel yang murah dan menepati bajet nieyl. Terus je nieyl minta syida tolong bookingkan melalui agoda.com. So, jom nieyl share macam mana bilik hotel yang nieyl stay untuk 3 Hari 2 Malam di JB. Nama hotel dia Chariton Hotel, kalau dari airport tu dalam 25-30 min .

Ini toilet dan bilik mandi..
Tv , jug dan Jug Cattle..

Untuk katil ni Alhamdulillah dapat single bed..
sebab kalau dalam booking tu sama ada single bed ataupun Queen bed + single bed..

Untuk hotel 3 Hari 2 malam total amount nieyl dapat adalah RM242.46 . Jadi nieyl bahagi 3 orang , jadi seorang bayar RM80.82 ..Alhamdulillah, sepanjang berada di hotel ni, kiteorang selesa dan puas hati. Dan jarak ke tempat-tempat yang kiteorang nak pergi pun tak adalah ambil masa berjam-jam dari hotel. Semuanya dekat-dekat sahaja. So, kalau sesiapa nak pergi JB tu, tak tahu nak duduk hotel mana, mungkin boleh try hotel yang nieyl share ni okay...





7 comments:

  1. hotel mestilah selesa dan bersih kan..sebabnya balik hanya nak tido je..siang atau waktu lain of course tak duduk hotel..bleh la akak stay sini kalau balik JB nanti

    ReplyDelete
  2. hotel selesa bersih & berbaloi dgn harga mmg puas hati blh rehat badan penat berjalan hehe

    ReplyDelete
  3. Very good price, rezeki alhamdulillah... Dapat pula yg dekat dgn tempat² yg nak pergi, bonus tu 👍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah hotel nampak selesa.. bersih dan kemas itu penting.. dan dpt pulak 3 katil single.. tak ada la kes terlebih conqure hahaha.. Alhamdulillah 80 seorang utk 2 malam.. ok la tu :D

    ReplyDelete
  5. wah..nice..selesa & harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  6. Seronok dpt ber me time dengan BFF mcm nie.. Semua boleh share2... Kikiki

    ReplyDelete
  7. Penginapan yg terpenting memang bersih dan AC dingin kalo buat saya. Tak dingin, betul2 saya blacklist 🤣. Saya tak kuat panas soalnya.

    Tp kalo pergi dengan anak, mesti ada kolam renang. Dengan BFF tak mestilah. Berenang pun kami tak suka 😅

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)