Showing posts with label Travel Johor Bahru 2024. Show all posts
Showing posts with label Travel Johor Bahru 2024. Show all posts

09 August, 2024

Sharing Itinerary Nieyl Ke JB 2024

by on August 09, 2024

 

Sharing Itinerary Nieyl Ke JB 2024 | Seperti yang nieyl janjikan yang nieyl akan share Itinerary nieyl sepanjang berada di JB. Walaupun 3 hari 2 malam pada nieyl perlu ada perancangan yang baik supaya percutian singkat nieyl ni menjadi lebih bermakna. Kebiasaannya kalau bab jalan-jalan ni memang nieyl yang akan uruskan dia punya perjalanan. Dengan kawan-kawan ke, dengan family ke sama sahaja. Master mind dia adalah nieyl, sebab nieyl suka penuhkan masa dengan aktiviti.

Ok tak yah nak membebel lagi, jom nieyl share dengan korang Itinerary yang nieyl sediakan untuk kitaorang bertiga buat sepanjang 3 hari di JB. 

Untuk hari pertama ni, hanya satu tempat sahaja yang kiteorang tak dapat nak pergi iaitu dinner dekat BigFood sebabnya masa kitaorang lalu restoran tu sangat ramai orang dan kitaorang decide untuk order makanan dan makan dalam hotel sahaja.

Untuk hari kedua ni 3 tempat yang kitaorang tak pergi, sebab apa?kesilapan adalah petang tu kitaorang decide untuk balik hotel berehat sekejap. So, kalau dah berjalan, kau balik hotel memang tak ada maknanya kau nak keluar balik..hahaha..so, sad tau time ni sebab hati nak pergi tapi badan tak nak bergerak. So, next time please kalau dah keluar tu jangan mengada-ngada nak balik hotel, sebab lepas tu memag persen nak keluar tu sangatlah tipis hahaha.. Tapi tak ada, next trips dah warning dah dekat diri sendiri dan juga syida afika..tak boleh balik hotel selagi belum malam hahaha.

Tapi kiteorang habiskan masa dekat hotel dengan bersembang, gelak ketawa, tengok sukan olimpik bagai..lepas tu siapa tidur dulu malam tu, kita akan snap gambar hahaha..seperti biasalah, nieyl orang terakhir yang tidur, yang pertama Syida sebab memang time dia tidur setiap hari 9.30 malam..hahaha so, kalau nak whatsapp dia selalunya sebelum waktu tidur dia. . Selalu kena perli kalau kiteorang lepak luar lewat malam hahaha, dia dah tak aktif waktu-waktu tu , tapi dia tidur awal tu sebab pukul5 atau 5.30 tu dia dah bangun buat solat sunat, solat tahajud bagai..bagus dia kan..nieyl ni bangun solat subuh je adoi la..

Untuk hari ke tiga tu on track lah sebab cuma pergi breakfast dan ke airport terus. Tapi kan walaupun waktu singkat, nieyl puas hati dengan perjalanan bercuti dekat JB ni. Perbelanjaan Tiket pergi dan balik RM85, Hotel RM80 dan perbelanjaan makan minum 3 hari tu RM150, total perbelanjaan keseluruhan adalah RM315 lebih kurang. Sebab bajet nieyl makan minum dekat sana RM200 cmtu, tapi ok la kurang dari bajet. So, kitaorang bertiga dah bincang destinasi tahun depan untuk bercuti...Cuba teka nak pergi mana pula??

Itinerary nieyl ni sesiapa nak guna, boleh guna tau. nieyl halalkan untuk rujukan kalau nak pergi ke JB tak tahu nak pergi mana kan..tak yah fikir-fikir dah nak pergi mana, korang pergi tempat yang nieyl share ni InsyaÁllah korang puas hati juga..

Ok bye-bye JB...

08 August, 2024

Day 3- Tiba Masanya Untuk Pulang

by on August 08, 2024

Day 3- Tiba Masanya Untuk Pulang | Kalau nampak Jam ni tandanya dah sampailah ke Airport Senai. Nieyl memang suka tengok jam bulat ni tapi beberapa hari ni ada orang share dan dia orang JB dan dia baru perasan yang Kapal Terbang atas jam tu bergerak guys hahaha..nieyl pun tak sangka kapal tu bergerak, ingatkan dia memang kaku dekat atas tu je..

Sampai airport masa tu dah pukul10 pagi, pergi toilet dulu buanglah apa yang patut dulu, lepas tu kitaorang terus pergi ke balai perlepasan. Masa dekat sini kan, sebenarnya kitaorang sempat record video, selamat tinggal dekat afika.

Richman coffee always with me..ke mana sahaja memang nieyl akan bawa. Itupun stok dekat rumah dah tinggal 1 cup, gaji nanti baru nak top up. . Walaupun x rich tapi minum coffee ni mmg terus rasa rich tau hahaha..tak adalah, sebenarnya rasa coffee dia berbeza dengan coffee yang kita minum dekat cafe tu..sebab tu nieyl suka..

Alhamdulillah, tamat sudah percutian nieyl dekat JB dan nieyl dah habis share dekat dalam blog tempat-tempat yang nieyl pergi, kalau korang belum baca lagi..korang boleh click link dekat bawah ni okay, kalau dah baca tu tinggalkan jejak okay..






 

07 August, 2024

Day 3- Breakfast di Warung Bunda JB

by on August 07, 2024

 

Day 3- Breakfast di Warung Bunda JB | Ok kita dah sampai hari ke-3 di JB, actully hari ke-3 ni mean hari kepulangan nieyl dan Syida. Flight kitaorang pukul10.50 pagi, jadi seawal pukul7 pagi kiteorang dah check out hotel dan pergi destinasi terakhir iaitu tempat breakfast sebelum ke airport. Kitaorang ambil flight tengah hari sebabnya dia murah dan kitaorang ada masa yang lama untuk berehat dekat rumah sebab esok harinya Isnin masing-masing bekerja. 

Untuk breakfast kita pergi ke Warung Bunda, kalau korang pergi taip dekat TikTok tu kang keluarlah dia. Masa kitaorang sampai memang parking dalam penuh, parking luar pula tak boleh seberangan parking, tapi kata orang..mungkin dah namanya rezeki kan, dapat parking dalam juga sebab ada customer beransur balik. 

Nampak macam kecik je warung ni tapi makanan dia mai ai..banyakkkkkkk....dia display pun guna dulang-dulang orang lama, memang tradisional betul. Macam-macam jenis kuih ada..

Moden ada, kampung ada pilih jela nak makan apa. Dia ada seksyen nasi lemak, nieyl tak snap gambar lah sebab ramai orang. 

Setiap kuih tu di kepilkan nama kuih dalam dwi bahasa tau, tulisan jawi dan tulisan melayu berserta harga sekali.

Ada kuih sagu merah, kuih buah melaka dan macam-macam kuih kampung ada situ...


Kuih lagii..segala lepat ada di sini..


Pulut panggang ada, koci ada semua kuih dia tersusun cantik je..

Eh..macam kenal je, hehehe..nieyl tengah rambang mata weh nak pilih kuih, xtau nak pilih kuih yang mana satu nii..

Tadaaa..ini hasil tangkap kiteorang bertiga, cukup laa..klu ikutkan nafsu ni tak cukup tapi kalau tengok perut cukup dah ni..Sambil-sambil makan dekat warung ni, dioerang ada band tau, ha..selalu band malam kan yang ini pagi sister, memang best!macam-macam lagu dioerang nyanyi memang layan, kalau ikutkan nak layan lagi tadi kerja masa kang tidur JB lagi la kiteorang ni hehehe...

Ok jumpa next entry...sila jangan bosan lagi hahaha





Day 2 - Woodfire Stadium Sultan Ibrahim

by on August 07, 2024


Day 2 - Woodfire Stadium Sultan Ibrahim | Betapa jauhnya nieyl pergi nak makan woodfire ni sampai ke JB hahaha.. ala tak adalah kebetulan je bila dah sampai stadium tu kita carilah terus port untuk mengisi balik tenaga. Jadi, kitaorang memilih untuk makan di woodfire yang viral tu so bila dah sampai nice juga tempat dia ada banyak meja yang disediakan, jadi boleh pilih nak duduk area mana..

Macam kitaorang ni memang akan tengok tempat mana yang boleh bagi nampak wording Woodfire tu. Baru kalau ambil gambar tu , orang tak yah tanya dah makan dekat mana hehehe..

Tak tahu kenapa suka benor ambik gambar tak nampak muka ni , tapi nice je sebab nak tunjuk makanan yang nieyl makan tu. 

Kitaorang order 2 burger sahaja sebabnya takut nanti tak habis makan. Kitaorang beli burger smoked beef burger dan stuffed cheese chicken. Air tu biasa je la ice lemon tea dan A&w. Paling nieyl suka adalah smoked Beef Burger dia..terbaikk cuma kan kalau korang bukan jenis yang kuat makan, better share jela beli sebabnya burger dia besar. Kiteorang bertiga ni pun mengah nak habiskan 2 burger ni tau, nasib baiklah ada afika hihihi...dia yang habiskan..suka tengok dia makan..berselera...

ok jumpa next entry...



Day 2 - Stadium Sultan Ibrahim JB

by on August 07, 2024

 

Day 2 - Stadium Sultan Ibrahim JB | Menjadi wishlist nieyl untuk menjejakkan kaki ke stadium JDT yang baru. Kalau ikutkan perancangan awal nieyl, hari pertama nak pergi stadium tapi rupanya ada game JDT vs Terengganu. Jangan tanya kenapa nieyl tak pergi tengok hari jumaat tu ya sebab itu bukan ada dalam perancangan nieyl. Tapi kalau awal nieyl tahu sebelum buat itinerary, mungkin nieyl boleh selitkan. So, tak nak ganggu itinerary asal jadi kita ikut seperti dalam itinerary yang telah disediakan hahaha. 

Ini merupakan kali pertama nieyl berada di depan Stadium JDT yang gah ni. Sangat excited sebab selalu nieyl tengok video je Alhamdulillah di beri peluang sampai sini..Kalau korang masuk kawasan stadium tu korang kena ke belakang sampai korang lalu depan air pancut depan stadium tu, situ memang ada kawasan parking untuk pelawat. Masa nieyl sampai situ dah ada kereta juga yang jalan-jalan macam kiteorang. 

Actually gambar ni ambil untuk jelouskan husband nieyl yang ada dekat rumah tu hahaha.. Betapa happynya wife dia dapat sampai stadium JDT ni. Sebab selalu cakap dengan husband bila la nak sampai sana, dulu tak sempat nak pergi Stadium Larkin, so..nak sangat pergi Stadium Sultan Ibrahim ni. 

Hadapan lobi stadium ni, ada hummer tau yang korang boleh naik. Ha..bukan senang nak dapat naik hummer ni tau, korang cuma perlu beli tiket dikaunter yang disediakan tu.Nanti dioerang akan bawa korang naik hummer pusing-pusing stadium so, merasalah naik kereta mahal ala-ala VVIP gitiew...

Lepas tu nieyl singgah kedai JDT club. Dalam tu memang banyaklah barang-barang seperti T-shirt, Jersi dan macam-macam cenderhati yang korang boleh beli. Cuma untuk nieyl nak visit je dalam tu macam mana, serius cantik dan terasa macam WOW! terkejut tengok harga dik hahaha.. Jadi, kebanyakkannya orang masuk dalam kedai tu untuk bergambar je tapi bagus juga sebenarnya kalau pengurusan JDT ni buat satu muzium ataupun studio untuk pameran JDT punya piala, jersi atau apa-apa sahaja la yang boleh orang ramai datang kan..

Nieyl betul-betul datang visit je macam bos besar melawat kawasan hahaha..apa -apa pun kan nieyl happy sebab dapat rasa aura JDT walaupun saya anak jati selangor ya hahaha...Selangor johor kan cousin relax-relax sudah kan. So, kalau tak tahu nak pergi mana bila sampai JB ni bolehlah jadikan stadium Sultan Ibrahim ni salah satu tempat untuk korang datang bawa anak2, family okay..

ok jumpa next entry...





06 August, 2024

Day 2 - Eco Galleria JB

by on August 06, 2024

 

Day 2 - Eco Galleria JB | Actually kan tempat nieyl self studio tu dalam bangunan Eco Galleria ni. Serius korang bangunan ni hall dia besar sangat dan semua warna putih suci nampak cantik sangat. Nieyl memang terpegun sekejap laa, sebab tak ramai orang pun situ. Memang kepala nieyl asyik sahaja pandang decoration dan reka bentuk bangunan ni memang nampak sungguh mewah. Dia ada 4 tingkat kalau tak silap nieyl.

Masih banyak lagi lot kedai atas-atas tu yang belum berpenghuni dan ada juga kedai yang tengah buat renovation. Area bawah tu banyaklah restoran-restoran yang korang boleh pergi untuk coffee ke makan ke..nieyl dekat situ berOOTD sahaja hahaha..sebab tempat ni terlalu cantiklah..Nieyl kan kalau satu hari nanti, ni kita berangan je tau nieyl nak beli rumah dan nak konsep white macam ni..wahh...bestnyaa...

Nieyl OOTD dekat sini sebagai kenangan, ntah bila lagi nak pergi JB pun tak tahu sebabnya kalau pergi lagi pun nak pergi Loaf Adam tu la, teringat-ingat dia punya pantries tu..hahaha...kalau nieyl berduit, memang nak je buat pergi balik hari hahaha.. tapi tak boleh, kena berjimat cermat nak pergi jalan lagi ni..nanti..

Ok jumpa next entryy...




Day 2 - Selca. Malaysia JB

by on August 06, 2024

 

Day 2 - Selca. Malaysia JB | Lepas dari BookXcess tu, kita teruskan perjalanan mengikut pada itinerary yang telah nieyl sediakan sebelum sampai ke JB. Nanti last-last entry jalan JB nanti nieyl akan share, manalah tahu boleh korang guna untuk jalan-jalan JB pula nanti kan, tak payah nak fikir dah ikut je yang nieyl suggestkan tu. Untuk kali ini memang nieyl dah lama sangat nak rasa pengalaman Self studio ni. Actually area-area KL , Putrajaya ni ada je cumanya partner je yang tak ada yang boleh layan benda-benda macam ni. Kalau nak buat , kena ada geng support baru jadi.

Masa nieyl sampai Selca ni kitaorang group no.2 la, sebab satu bilik yang pakej 15min tu dah ada orang tengah guna untuk ambil gambar family dalam 5 orang. So, yang tinggal bilik pakej 30 minit. Kitaorang ni malas nak tunggu lama-lama jadi kita bertiga bincang dan kita proceed dengan pakej 30min dan add on beberapa item juga. 

Self studio ni kita kena snap gambar kita sendiri, depan kita tu akan ada camera dan jua monitor untuk kita centerkan gambar kita. Props semua disediakan , cuma pandai kitalah nak mengayakan macam mana. Sebelum kitaorang masuk ni pun, kita dah tengok beberapa video orang bergambar bertiga, kitaorang tiru je lepas tu disebabkan masa dia 30min jadi ko tak ada masa untuk terhegeh-hegeh fikir. Jadi, ko akan berlagak macam model pro bergambar hahaha..memang lawaklah bila teringat balik gelagat masing-masing. Nieyl nak harga yang kita bayar tu berbaloi dengan apa yang kita akan dapat. 

So, memang kitaorang puas hati dengan hasilnya, kuantiti gambar softcopy yang kitaorang dapat pun memang cukup berbaloi lah. Dan tak lupa juga kitaorang ada juga ambil gambar sorang-sorang sebanyak 3 pose untuk simpanan sendiri hahaha..salah satu ada nieyl update dalam instagram nieyl. Cuma kan, kalau nak ambil gambar studio ni ambil jela gambar candid banyak sebabnya sure cantikkk punya..

Jom nieyl share pakej yang nieyl ambil hari tu, mungkin bila-bila korang nak try juga dekat mana-masa, bolehlah compare gambar kan.


Ok nieyl ambil pakej 30 minit, kalau ikutkan pakej ni harga Rm50 untuk 1-2 person sahaja, kitaorang bertiga jadi perlu tambah RM10. Apa yang nieyl dapat adalah 30 minit photoshoot, 3 pcs gambar 4R prints dan kitaorang add -on nak semua softcopy yang kitaorang ambil tu. Kalau kitaorang tak add on kitaorang dapat dalam beberapa  pcs softcopy tu..jadi, sebab itulah kitaorang ambil shoot macam-macam supaya kita rasa berbaloi nak dapatkan semua softcopy, kalau tak silap nieyl softcopy ada dalam 30 keping juga shoot..so, sangat berbaloi untuk kiteorang bertiga.

3 pcs gambar yang kitaorang boleh pilih untuk di printkan tu, setiap sorang pilih satu gambar yang kitaorang nak untuk simpanan. Masing-masing pilih gambar yang berbeza dan nieyl pilih gambar ni dan nieyl dah frame kan letak dekat office...

sweet tak nieyl?:P

So, kalau korang yang di JB ke atau nak jalan-jalan JB mungkin ni boleh menjadi salah satu aktiviti korang bersama pasangan, kawan-kawan ataupun family..okay jumpa next entry...

Eco Galleria, A0304, Jalan Eko Botani 3/2,
Taman Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor

05 August, 2024

Day 2 - BookXcess Sunway JB

by on August 05, 2024

 

Day 2 - BookXcess Sunway JB | Perut dah kenyang makan dekat warong Tokyah tadi, moh ler kita berjalan ke BookXcess pula. BookXcess ni dekat mana-mana pun dah ada sekarang, dekat Cyberjaya pun nieyl dah pernah masuk cuma kali ini saja nak masuk yang jauh sikit pula. BookXcess ni dia terletak dalam Mall cuma Mall dia ni tak macam Mall kita dekat KL tu yang sentiasa penuh dengan orang. First time nieyl pergi Mall ni memang terkejut jugalah sebab tak ramai orang dan boleh bilang dengan jari berapa orang yang kita nampak. Tapi siti ada je Watsons, Gym , Pasaraya semua tu. 

Dah masuk tu haruslah kita pusing-pusing dalam tu, susunan buku-buku dia sama sahaja macam BookXcess yang lain, Kebanyakkan buku dalam sini semuanya bahasa English lah. Dan buku-buku ke komit tu semuanya berbalut ya korang tak boleh pun nak buka baca, nak sila beli hehehe..

Sedar diri lah nieyl oi awok tu rendah, nak juga ambil buku yang tinggi-tinggi tu aduhai..tapi kan macam mana orang nak ambil buku yang paling tinggi tu eh..ke perhiasaan je buku tu hahaha

Nieyl suka tengok rak buku dia berlampu oren tu kan, nampak style sangatkan. Nampak cantik dan kemas je. 

Ini pandangan dari atas, dekat area bawah tu banyak disediakan tempat duduk kalau parents yang nak tunggu anak-anak memilih buku ke kan. Terlalu banyak buku yang ada dekat bookXcess ni. 

Di tengah-tengah tu ada sebuah piano, sesiapa sahaja boleh main. Biasa tengok budak-budak main-main situ, tak ada pula yang pandai main nak main masa nieyl dekat situ kalau tak boleh tumpang healing sekejap kan..So, kalau korang nak berOOTD pun sini sesuai je nak ambil gambar ke nak buat trens tiktok ke, sebab nieyl pun ada buat dekat sini juga hari tu line clear hahaha...

Box Retail Park, F-01 First Floor,
Sunway Big, Persiaran Medini 5,
79250 Iskandar Puteri, Johor

Day 2 : Warong Tokyah @ The Kuarters JB

by on August 05, 2024

 

Day 2 : Warong Tokyah @ The Kuarters JB | Ok jom nieyl sambung cerita tentang hari ke-2 nieyl berada di JB dan ke mana destinasi yang nieyl akan pergi. Malam hari pertama sebelum tidur tu dah plan dah nak bangun awal dan keluar hotel pukul7 kononnya. Sudahnyaa.. pukul7.45 pagi macam tu baru kitaorang turun hotel untuk pergi breakfast. Pilihan breakfast kali ini kita pilih warong tokyah untuk breakfast. 

First yang korang perlu tahu kalau nak pergi breakfast dekat sini, sila datang seawal yang mungkin ya. Sebab warong tokyah ni dibuka seawal 6.30 pagi kalau tak silap nieyl. Masa nieyl sampai situ dalam pukul8.10, itupun dah ada satu trips masuk untuk breakfast dan dia ada sediakan kerusi untuk kita duduk menunggu turn. Dekat sini dieorang akan bagi nombor siap-siap untuk turn. 

Kitaorang masa tu dapatlah no.6. belakang-belakang kitaorang tu ramai lagi tau sampai no. belas-belas.. Tapi kan, kalau nak pergi makan tempat-tempat yang sedap dan viral ni kan kena banyak bersabar tau, even nieyl sendiri pun masa tu memang dah ada rasa sikit-sikit angin juga tau hahaha..bila dah 30 min menunggu, nombor tak bergerak-gerak, siapa je yang tak angin kan tapi memang sabar lagi.. Tiba-tiba ada sekumpulan tu dia pegang no. 2, dieorang macam dah kecewa sangat sebab mungkin dieorang tunggu lagi lama dari nieyl, jadi dieorang angkat kaki. Nombor dia tu dia pas dekat orang selepas dia, dan nieyl pula dapat no.3 masa tu, Alhamdulillah lepas 10 minit pegang no.3 tu kitaorang dipanggil untuk masuk dan makan. 

Muka yang nak marah tu tak jadi sebab depan mata dah dapat makanan hehehe. Pagi tu nieyl memang pesan dekat syida ngan afika, pagi ni je kita makan nasi lepas ni memang tak makan nas. Jadi, kiteorang bertiga semua makan nasi lemak dan adalah ambil semua sikit-sikit untuk rasa-rasa je. 

Baru nieyl perasan , dekat JB ni pagi-pagi dah ada sate ya..kalau nieyl biasanya sate-sate ni kita akan makan malam, tapi dekat JB ni pagi-pagi memang ada menu sate. Tengoklah makanan yang diambil yang dikatakan sikit tu kan, yang nak makan 3 mulut je hahaha

Dekat warong ni semua makanan dia tersusun cantik, kemas dan bersih. Banyak sangat pilihan yang ada dari kuih tradisional ke moden semuanya ada dekat situ. Dan korang jangan risau, makanan dekat situ memang banyak kalau korang datang pagi macam nieyl tu la ataupun awal, kalau datang pukul11 ke 12 banyaklah makanan dia yang dah habis. 

ini salah satu yang nieyl suka, tauhu begedil dia ni memang padat dengan isi dan daging tak kedekut, dan yang best makan dengan cili api dia..peh!yang ni nieyl ambil 3 ketul hahaha. 

nampak tak, macam-macam jenis kuih yang ada. Table dessert pun ada sebelah sana, tak sempat nak snap sebab orang dah ramai, lepas tu tangan pun penuh dengan pinggan nak ambil makanan. 

Lepas korang dah ambil makanan, korang kena beratur untuk bayar dulu sebelum letak makanan dekat meja yang telah ditetapkan. Kalau 2 kali korang ambil makanan, maknanya 2x juga lah korang pergi bayar dan air order je dekat kaunter bayaran nanti dieorang akan hantar dekat meja kita. 

Air kita akan dihidangkan dalam bekas lama-lama dulu, cute..Kalau rasa tak habis tu, angkat je air bungkus tu bawa balik. So far makanan dekat sini semuanya sedap-sedap dan harga pun oklah pada nieyl sebab nieyl bayar rm39 untuk 3 orang. Itupun makanan yang kitaorang ambil tu tak habis pun, kiteorang take away untuk bawa balik hotel nanti. Cumanya kalau warong tokyah ni guna sistem masa pun lebih bagus supaya orang yang menunggu ni tak perlu tunggu masa yang lama sampai angkat kaki. Nieyl rasa tak ada masalah pun kalau guna sistem masa, maksudnya setiap meja limit masa makan 30-45 minit pun dah cukup. Kedai-kedai macam ni tak sesuai untuk jadi tempat melepak berjam-jam, kesian dekat orang yang tunggu turn tu. Sebab tu nieyl pesan dekat adik-adik ni kita makan 30-40 minit je lepas tu kita bangun, bagi orang lain pula masuk. Sebab memang betul pun kalau korang datang untuk makan sahaja, dia takkan ambil masa yang lama pun tapi kalau datang nak makan, lepas memang 1 jam pun tak cukup sis hehehe..

Oklah, kalau korang teringin juga nak pergi ke warong tokyah ni, nieyl share address dan location dia cumanya parking tu kena hati-hati lah sebabnya kalau jalan tepi-tepi tu selalu kena saman hihihi..sebab hari tu kiteorang pun kena juga hahaha..ingat tau..

The Kuarters, JKR 2384,
Jalan Pahlawan, Yahya Awal,
80100 Johor Bahru, Johor

02 August, 2024

Day 1 - Sunset di Marine Beach Cafe

by on August 02, 2024

 

Day 1 - Sunset di Marine Beach Cafe | Salah satu punca tercetusnya idea nak pergi jalan-jalan JB ni adalah nak tengok sunset. Sebab dekat belah JB ni banyak pandai-pandai pantai-pantai yang cantik, pemandangan yang cantik dan sesuai dengan jiwa nieyl yang memang suka OOTD ni hahaha.. Kalau search memang banyak tempat dekat area JB ni yang boleh kita tengok sunset. Nieyl pun masa buat research tu adalah 2 ke 3 tempat yang nieyl listkan, cuma Marine beach ni lebih menarik minat nieyl. 

Cumanya untuk ke Marine beach ni, kena banyak sikitlah berjalan sebab akan masuk kawasan hotel/apartment . Untuk parking kereta pula nieyl sarankan parking dalam Mall yang bertentangan dengan Marine Beach ni lebih selamat dari parking tepi-tepi jalan tu. Kalau tak silap nieyl, parking mall tu per entry je.

Masa on the way nak pergi Marine beach tu, nieyl tertarik sangat dengan bangunan belakang tu yang tinggi-tinggi dan kebetulan view dia tu nampak macam oversea, so..nieyl saja je la snap gambar dekat situ berlatar belakangkan bangunan tu..cantik kan?

Nieyl sampai awal dekat pantai dalam pukul5 petang, jadi matahari memang terpacar ke muka ya kawan-kawan sebab tu kena tukar spek mata. Belakang nieyl tu adalah apartment tau, yang betul-betul viewkan laut dan pantai..nieyl suka view nii..

Masing-masing pakai sport shoes so, tak boleh nak ke tepi pantai sangat, jadi kita buat rasa-rasa je la berOOTD tepi pantai ya. Afika dengan tripod ke sana ke sini, sebab kitaorang ada buat trend tiktok hahaha..nanti nieyl share link dia ya..hehehe..

Ini port lepak kitaorang sementara nak tunggu sunset, berlatar belakangkan laut dan kapal-kapal di parking dekat situu... Yang kelakarnya, masing-masing excited nak naik buai ni tapi takut tahan ke x dengan berat badan lagi-lagi nieyl la hahaha..tapi so far tahan dan best dapat duduk atas buai sambil cafe pasang lagu-lagu best..memang betul-betul healing tau..

Snap sekeping untuk kenang-kenangan ala healing tanpa suami di sisi hahaha..padahal time ni husband nieyl sent whatapps bagitahu dia happppy sebab dapat tdur golek-golek atas katil tanpa sempadan.. hampeh betul.. dia siap hantar voice menyanyi tau tak..saja je nak menyakat nieyl. Bosanlah tu tak ada orang nak gaduh dengan dia.

Dah lama dah nieyl nak pose dengan pokok kelapa tepi pantai macam ni. haha..kebetulan pula nieyl pakai baju pink tu kan, naik pula gambar dia tu kan. Bayang-bayang orang tu si Afika la tu dia yang rajin dok suruh nieyl pose sana sini. 

Rindunya pandaii pantai, kan bestkan hari-hari boleh dapat view ni sampai jemu..hahaha..Matahari tu tegak tu

Ni view dari jauh, nampak tak cantikkan bangunan tu sebenarnya dia macam ala pantai miami.. so, kalau siapa yang nak pergi JB tu, korang pergilah sini...cantikkk...

Adoi..syida snap gambar muka penuh dengan nur cahaya ni hahaha..Kalau nak letak sini, boleh je tapi support lah juga cafe tu tau, dieorang dah sediakan tempat yang selesa dan cantik ni kan, macam kitaorang pada awalnya memang tak nak beli apa-apa pun sebab lepas ni tengok sunset nak pergi makan malam..

Tapi last-last masing-masing kehausan mengadap matahari tu, belilah air tenaga kononnya..apo..air gas weh..100 plus ya kawan-kawan sebab harga dia boleh tahan hahahaha ini je kitaorang mampu nak support cafe tu hahaha..

Masa ni sunset dah pun melabuhkan tirainyaa..actually afika ada record , awal sampai akhir..cuma nieyl belum lagi post dekat TikTok..Nanti nieyl update dekat TikTok...

Cantikkan pemandangan malam dia, masa ni nieyl dah bergerak tinggalkan beach dah..Alhamdulillah.. apa yang nieyl plan hari jumaat tu berjalan dengan lancar. Dan time ni dah tak selesa sangat dah sebenarnya nak berjalan-jalan lagi, yela dari pukul12 sampai JB, sampai pukul9 malam tak mandi, tak salin baju hahaha..masuk je dalam kereta, masing-masing dah kepenatan nak pergi dinner. Tengok pula tempat dinner tu ramai orang, terus kitaorang balik hotel dan order Grab je hahaha..makan dalam hotel je dan berehat, simpan tenaga untuk berjalan hari ke-2 pula...

Ok sekian cerita nieyl untuk hari pertama di JB, insyaÁllah nanti nieyl sambung untuk Day-2 pula okay..