07 August, 2024

Day 2 - Woodfire Stadium Sultan Ibrahim


Day 2 - Woodfire Stadium Sultan Ibrahim | Betapa jauhnya nieyl pergi nak makan woodfire ni sampai ke JB hahaha.. ala tak adalah kebetulan je bila dah sampai stadium tu kita carilah terus port untuk mengisi balik tenaga. Jadi, kitaorang memilih untuk makan di woodfire yang viral tu so bila dah sampai nice juga tempat dia ada banyak meja yang disediakan, jadi boleh pilih nak duduk area mana..

Macam kitaorang ni memang akan tengok tempat mana yang boleh bagi nampak wording Woodfire tu. Baru kalau ambil gambar tu , orang tak yah tanya dah makan dekat mana hehehe..

Tak tahu kenapa suka benor ambik gambar tak nampak muka ni , tapi nice je sebab nak tunjuk makanan yang nieyl makan tu. 

Kitaorang order 2 burger sahaja sebabnya takut nanti tak habis makan. Kitaorang beli burger smoked beef burger dan stuffed cheese chicken. Air tu biasa je la ice lemon tea dan A&w. Paling nieyl suka adalah smoked Beef Burger dia..terbaikk cuma kan kalau korang bukan jenis yang kuat makan, better share jela beli sebabnya burger dia besar. Kiteorang bertiga ni pun mengah nak habiskan 2 burger ni tau, nasib baiklah ada afika hihihi...dia yang habiskan..suka tengok dia makan..berselera...

ok jumpa next entry...



4 comments:

  1. alaaa Neiyl tak bagitau harga lak, kat sini ada satu kat Puncak Alam, teringin juga kak ana nak food hunt, one day nanti, In Syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ye laa..lupa nieyl nak letak harga...sorry2... smoked Burger beef tu rm23.90 dan stuffed cheese chicken rm19.90

      Delete
  2. smoked beef burger menu yang sama akak makan kat woodfire Seremban

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)