Sibuk dengan event family | Event terdekat family nieyl adalah pada bulan September 2024. InsyaÁllah dalam perancangan setiap 2 tahun sekali family besar nieyl akan buat family day. Yang pertama nieyl buat pada tahun 2019. Dan sepatutnya yang ke-dua pada tahun 2021, kita tak buat sebab covid dan sama 2022. Pada tahun 2023 kita bincang semula dan memilih untuk buat pada tahun 2024.
Nieyl dan seorang kakak nieyl menjadi penyelaras family day tahun 2024. Awal tahun 2023 nieyl dah buat pembentangan tentang perancangan Family day 2024 kepada semua ahli keluarga. Dalam mesyuarat pertama tu kita nak mendapatkan persetujuaan tempat penginapan (homestay) dan cara pembayaran untuk family day. Alhamdulillah, ahli keluarga semua setuju dengan tempat yang nieyl cadangkan dan kaedah pembayaran juga. Selain tu, di mesyuarat tu juga nieyl buat pelantikan AJK-AJK dimana semua ahli keluarga ada peranan masing-masing bagi menjayakan family day 2024.
Selepas mendapat persetujuan, bermula tugas nieyl untuk membuat bajet family day dan pembahagian mengikut family. Family nieyl ni besar ada 13 keluarga kecil, iaitu ada 59 dewasa dan 10 orang kanak-kanak. InsyaÁllah tahun akan datang bertambah lagi dan lagi...
Semakin besar keluarga, semakin mencabar untuk menguruskan semua benda. Bahagian nieyl adalah menjadi caterar sepanjang penginapan dan nieyl akan mengatur bajet dan buat pembahagian. Nieyl buat collection setiap bulan bermula Bulan 6 2023 sehingga Bulan 7 2024 lebih kurang 1 tahun. Kita memang dah standby 1 acc bank untuk segala transaksi berkaitan dengan family day dekat 1 acc sahaja. Alhamdulillah semua dah berjaya settelkan pembayaran seperti dirancang.
Bulan 7 baru ni nieyl buat 1 lagi perbincangan dengan AJK Makan, AJK T-shirt, AJK Montaj, AJK game , AJK BBQ dan AJK hadiah. Dalam perbincangan tu kita dapat settelkan color T-shirt dan design hari keluarga, selain tu kita juga dapat settelkan perbahagian BBQ, siapa bawa apa dan lain-lain juga settel.
Untuk bulan 8 ni pun banyak lagi benda-benda yang nak kena settelkan untuk family day. Walaupun penyelaras tapi nak pastikan semuanya berada on track sebelum hari kejadian bukan sesuatu yang mudah tau. Tapi nieyl bersyukur sangat ada anak2 buah yang dah besar ni kan, boleh diharapkan.
Nanti nieyl share lagi persiapan nieyl dari semasa ke semasa untuk family day ok..
Wah ramainya adik beradik Nieyl, seronok nak gather² macam ni, sure meriah...
ReplyDeleteCabaran pasti ada tapi ianya akan jadi kenangan manis at the end nanti
Wahhh..Bestnya..Sy buat tahun 2022 sblm arwah mak tinggalkn kami.
ReplyDeleteMenariknya buat family day ni. Pasti gempak.
ReplyDeleteSeronok buat family day nie... Tapi, linda tak rajen nak jadi planner gini... Hahaha
ReplyDeletewaahhh ramai 13 brdik ye Nieyl? anak sedara dah besar2 & boleh sudi bantu mmg jd mudah lah keje..
ReplyDeleteseronoknya..MA pun dah 2 tahun x buat ni, sbb adik bersalin.bila ada baby kecik2 ni susah skt nak gerak jauh2 kan.so tunggu besar cikit la yer
ReplyDeletehave fun..semoga semuanya dipermudahkan ..aamiin
Wah..Nieyl nak pi family gathering ye...
ReplyDeleteWaah baguuusnya ada fam day seperti ini. Memang sebisa mungkin dilakukan rutin kak. Jadi bisa mempererat hubungan keluarga, sekaligus silaturrahmi juga kan ❤️.
ReplyDelete