22 August, 2024

Lebih kurang 1 bulan je lagi

 


Lebih kurang 1 bulan je lagi | Hari ini genap tinggal sebulan sahaja lagi Family day besar nieyl insyaÁllah bulan depan 14-16 Ogos  September. Seperti biasa nieyl dah start buat preparation slow-slow sebab tak nak kalut bila hari dah dekat. Nieyl mulakan dengan pencarian doorgift, actually doorgift ni bukan benda yang wajib pun, tetapi nieyl memang buat supaya ada kenangan untuk semua ahli keluarga. 

Masa mula-mula baru buat family day ni tak ada pengalaman lagi, bajet pun nieyl keluarkan sendiri untuk sediakan something untuk semua orang bawa balik , nieyl buatkan keychain untuk setiap seorang. Dan untuk kali -dua ni, Alhamdulillah nieyl dah masukkan siap-siap dalam bajet so untuk doorgift nieyl dah tak perlu nak keluarkan duit sendiri lagi hehehe..itu namanya pengalaman dan improve dari tak ada kepada ada hehehe..

Untuk doorgift sediakan 1 untuk dewasa dan 1 untuk kanak-kanak. Susah juga tau nak fikirkan doorgift yang sesuai dengan bajet dan kuantiti yang nieyl nak tu. Tapi Alhamdulillah setelah berbulan survey harga, akhirnya nieyl buat keputusan untuk beli terus , sebelum harga dia naik. Nak tengok tak?nieyl share dalam blog ni je, sebab adik beradik nieyl tak baca blog pun jadi dieorang takkan tahu apa-apa. 

Sekali sampai besar ya kotak dia, nieyl tak boleh angkat sorang kena berdua. Mak nieyl ngan husband dah tanya-tanya apa dalam tu, eh..mana boleh bagitahu..rahsia..dan sampai hari ini dieorang tak tahu apa dalam kotak tu..Korang nak tahu ke apa dalam tu?

Tadaaa..nieyl beli tumbler kaca untuk orang dewasa. Dalam kotak ni ada 50 botol pelbagai warna nieyl beli. Nieyl beli macam ni sebab berguna untuk semua orang. Ada satu lagi pilihan nieyl yang macam mug ada straw tu tapi harga dia tak boleh kurang walaupun nieyl ambil banyak, so kalau boleh kita nak cut price selagi boleh jimatkan, jangan membazir hehehe

Yang ini pula untuk 9 orang kanak-kanak bawah 12 thn. Dieorang kan suka kartun-kartun ni kan boleh bawa pergi sekolah. Semua ni nanti nieyl akan masukkan dalam moven bag dan nieyl pun dah beli dah. Tinggal nak masukkan semuanya dalam bag dan kotak je.Cuma nieyl rasa macam nak tambah color pensel untuk kanak-kanak ni..nantilah nieyl cari..

Ada lagi yang dah siap, nanti nieyl story lagi okay...


8 comments:

  1. family day tu bln 9 nnt ke nieyl? sbb 14-16 ogos dh berlalu... ke throwback ni? cepat nk story lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak mim..tu la x prasan tersalah bulan hehehe...family day bulan 9 ni nnt

      Delete
  2. wah.bagus tul ... hadiah yg sgt useful

    ReplyDelete
  3. wow..pasti mriah family day nanti ni...kak SA pun nak buat macam ni nanti la..

    ReplyDelete
  4. Meriah la ni bila semua berkumpul. Hadiah macam tu memang orang akan guna nanti.

    ReplyDelete
  5. seronoknya...macam nak buat majlis kahwin pula...

    ReplyDelete
  6. Aisssh bagusnya kak. Dah pasti senang mereka yg datang nanti dapat gift seperti ini. Bagus dan berguna 👍👍👍.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)