Day 2 - Selca. Malaysia JB | Lepas dari BookXcess tu, kita teruskan perjalanan mengikut pada itinerary yang telah nieyl sediakan sebelum sampai ke JB. Nanti last-last entry jalan JB nanti nieyl akan share, manalah tahu boleh korang guna untuk jalan-jalan JB pula nanti kan, tak payah nak fikir dah ikut je yang nieyl suggestkan tu. Untuk kali ini memang nieyl dah lama sangat nak rasa pengalaman Self studio ni. Actually area-area KL , Putrajaya ni ada je cumanya partner je yang tak ada yang boleh layan benda-benda macam ni. Kalau nak buat , kena ada geng support baru jadi.
Masa nieyl sampai Selca ni kitaorang group no.2 la, sebab satu bilik yang pakej 15min tu dah ada orang tengah guna untuk ambil gambar family dalam 5 orang. So, yang tinggal bilik pakej 30 minit. Kitaorang ni malas nak tunggu lama-lama jadi kita bertiga bincang dan kita proceed dengan pakej 30min dan add on beberapa item juga.
Self studio ni kita kena snap gambar kita sendiri, depan kita tu akan ada camera dan jua monitor untuk kita centerkan gambar kita. Props semua disediakan , cuma pandai kitalah nak mengayakan macam mana. Sebelum kitaorang masuk ni pun, kita dah tengok beberapa video orang bergambar bertiga, kitaorang tiru je lepas tu disebabkan masa dia 30min jadi ko tak ada masa untuk terhegeh-hegeh fikir. Jadi, ko akan berlagak macam model pro bergambar hahaha..memang lawaklah bila teringat balik gelagat masing-masing. Nieyl nak harga yang kita bayar tu berbaloi dengan apa yang kita akan dapat.
So, memang kitaorang puas hati dengan hasilnya, kuantiti gambar softcopy yang kitaorang dapat pun memang cukup berbaloi lah. Dan tak lupa juga kitaorang ada juga ambil gambar sorang-sorang sebanyak 3 pose untuk simpanan sendiri hahaha..salah satu ada nieyl update dalam instagram nieyl. Cuma kan, kalau nak ambil gambar studio ni ambil jela gambar candid banyak sebabnya sure cantikkk punya..
Jom nieyl share pakej yang nieyl ambil hari tu, mungkin bila-bila korang nak try juga dekat mana-masa, bolehlah compare gambar kan.
Ok nieyl ambil pakej 30 minit, kalau ikutkan pakej ni harga Rm50 untuk 1-2 person sahaja, kitaorang bertiga jadi perlu tambah RM10. Apa yang nieyl dapat adalah 30 minit photoshoot, 3 pcs gambar 4R prints dan kitaorang add -on nak semua softcopy yang kitaorang ambil tu. Kalau kitaorang tak add on kitaorang dapat dalam beberapa pcs softcopy tu..jadi, sebab itulah kitaorang ambil shoot macam-macam supaya kita rasa berbaloi nak dapatkan semua softcopy, kalau tak silap nieyl softcopy ada dalam 30 keping juga shoot..so, sangat berbaloi untuk kiteorang bertiga.
3 pcs gambar yang kitaorang boleh pilih untuk di printkan tu, setiap sorang pilih satu gambar yang kitaorang nak untuk simpanan. Masing-masing pilih gambar yang berbeza dan nieyl pilih gambar ni dan nieyl dah frame kan letak dekat office...
sweet tak nieyl?:P
So, kalau korang yang di JB ke atau nak jalan-jalan JB mungkin ni boleh menjadi salah satu aktiviti korang bersama pasangan, kawan-kawan ataupun family..okay jumpa next entry...
Eco Galleria, A0304, Jalan Eko Botani 3/2,
Taman Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Taman Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Menarik ni... Hasilnya pun cantik 👍
ReplyDeletekan..cantikk..tapi memang kena pandai pose dan spontan baru dapat gambar banyak hehehe
DeleteMenarik....
ReplyDeletecuba la nanti..
DeleteCantik... Tp, anak2 kita belum behave lagi untuk yang macam nie.. Hahaha
ReplyDeletetak apa linda, nanti dah besar sikit boleh tuuu
Deletewah..bestnya..memang fun sgt.. harga pun ok ...nice
ReplyDeletesweet sgt pic bertiga tu...love!!!
tq kak ayu...memang best pun tapi kelakar pun ada macam model berapa saat tu hahaha
DeleteCantik dan sweet sanagt Nieyl...eh..nak buat jugak laa....kitorang 3 beranak kan...
ReplyDelete30 menit itu lamaaaa 🤣🤣. Ini bagi yg suka foto, pasti puaaas ya kak 😄. Saya termasuk tak suka foto. Krn itu tak banyak foto saya saat traveling. Kalo di tempat yg self photo seperti ini, biasanya saya suka dengan teman2..kalo dengan suami ntah kenapa kami langsung awkward 🤣. Tak bisa lepas pose nya. Kaku
ReplyDeleteHarga pun berbaloi ..rm50 selama 30 minit .. selalu gambar candid tu lagi cantik kan .. create the moment 🫶🏼
ReplyDelete