Bila ada event je | Alhamdulillah seminar 2 hari berjalan dengan lancar. Setiap kali event dekat luar, perkara yang paling penting adalah warna TUDUNG hahaha. Kalau boleh nak semua sama warna , oleh itu si kembo nieyl ni duk bersidang dekat bilik nieyl nak bincang pasal warna tudung yang nak pakai 2 hari nanti. Terus terang cakap, kalau nak pilih warna sila pilih warna yang nieyl ada sebab takdan nak pergi beli la..
Untuk hari pertama Wani pilih warna hijau abg askar dan hitam. Kalau tengok dalam gambar memang semua pakai tone warna hijau yang sama. Tak ada yang pekat , cair kan semua nampak sama je..suka-suka..
Untuk hari ke-2 , wani pilih warna biru abg polis pula. Pun sama juga team ni memang bagus sangat tengoklah semua pakai warna biru yang tone sama..nampak cantik je kan sampai ada yang tanya beli tudung kedai yang sama ke..hahaha..taklah pakai tudung yang ada dekat rumah masing-masing aje ni..
Kalau ada event lagi, dua warna ni dah tak boleh pakai lagi tau waniii...kena cari warna lain pula..
Hahahahaha ini memang part susah. Macam saya yg koleksi tudung belum banyak apalagi warna polos msh sikiiiit sangat 🤣. Memang hrs beli lah . Biasa tudung saya bercorak soalnya
ReplyDeletepemilihan warna cantik. semua nampak berseri
ReplyDeleteSama jer tone warnanya... tak ada yang cair or gelap sangat.... cantik...
ReplyDeleteSweet nya semua dengan tudung sedondon.
ReplyDeleteAda yang rupa macam seiraslah
ReplyDeletenice...nampak sgt team secretariat nya kan... semua ngam sekepala je
ReplyDelete