07 August, 2024

Day 2 - Stadium Sultan Ibrahim JB

 

Day 2 - Stadium Sultan Ibrahim JB | Menjadi wishlist nieyl untuk menjejakkan kaki ke stadium JDT yang baru. Kalau ikutkan perancangan awal nieyl, hari pertama nak pergi stadium tapi rupanya ada game JDT vs Terengganu. Jangan tanya kenapa nieyl tak pergi tengok hari jumaat tu ya sebab itu bukan ada dalam perancangan nieyl. Tapi kalau awal nieyl tahu sebelum buat itinerary, mungkin nieyl boleh selitkan. So, tak nak ganggu itinerary asal jadi kita ikut seperti dalam itinerary yang telah disediakan hahaha. 

Ini merupakan kali pertama nieyl berada di depan Stadium JDT yang gah ni. Sangat excited sebab selalu nieyl tengok video je Alhamdulillah di beri peluang sampai sini..Kalau korang masuk kawasan stadium tu korang kena ke belakang sampai korang lalu depan air pancut depan stadium tu, situ memang ada kawasan parking untuk pelawat. Masa nieyl sampai situ dah ada kereta juga yang jalan-jalan macam kiteorang. 

Actually gambar ni ambil untuk jelouskan husband nieyl yang ada dekat rumah tu hahaha.. Betapa happynya wife dia dapat sampai stadium JDT ni. Sebab selalu cakap dengan husband bila la nak sampai sana, dulu tak sempat nak pergi Stadium Larkin, so..nak sangat pergi Stadium Sultan Ibrahim ni. 

Hadapan lobi stadium ni, ada hummer tau yang korang boleh naik. Ha..bukan senang nak dapat naik hummer ni tau, korang cuma perlu beli tiket dikaunter yang disediakan tu.Nanti dioerang akan bawa korang naik hummer pusing-pusing stadium so, merasalah naik kereta mahal ala-ala VVIP gitiew...

Lepas tu nieyl singgah kedai JDT club. Dalam tu memang banyaklah barang-barang seperti T-shirt, Jersi dan macam-macam cenderhati yang korang boleh beli. Cuma untuk nieyl nak visit je dalam tu macam mana, serius cantik dan terasa macam WOW! terkejut tengok harga dik hahaha.. Jadi, kebanyakkannya orang masuk dalam kedai tu untuk bergambar je tapi bagus juga sebenarnya kalau pengurusan JDT ni buat satu muzium ataupun studio untuk pameran JDT punya piala, jersi atau apa-apa sahaja la yang boleh orang ramai datang kan..

Nieyl betul-betul datang visit je macam bos besar melawat kawasan hahaha..apa -apa pun kan nieyl happy sebab dapat rasa aura JDT walaupun saya anak jati selangor ya hahaha...Selangor johor kan cousin relax-relax sudah kan. So, kalau tak tahu nak pergi mana bila sampai JB ni bolehlah jadikan stadium Sultan Ibrahim ni salah satu tempat untuk korang datang bawa anak2, family okay..

ok jumpa next entry...





7 comments:

  1. waaaa...sampai jugak yer stadium JDT nieyl...tahniah tercapai wishlist..kita pun teringin nak pergi sb xpernah sampai lagiiik

    ReplyDelete
  2. Hey...x aci..akak pun x sampai lagi....( samil jeling suami) nak sangat bergambar kat sini...suami cakap orang Johor pun x amik gambar kat situ..eh..biar la...

    ReplyDelete
  3. untung pasukan JDT mempunyai stadium yg sgt2 cantik

    ReplyDelete
  4. Baguuus stadium nya 😍. Nampak megah memang. Selalunya harga2 produk macam jersey, topi dan segala hal yg berkaitan dengan FC, pasti selalu mahal 😅. Suami saya suka beli, dan saya pula yg langsung merasa sayang nak beli, saat lihat harganya 😅

    ReplyDelete
  5. ya ampun... kak yan yang perjalanan setengah jam ke stadium pun belum pernah sampai lagi...hahaha

    ReplyDelete
  6. Tak pernah sampai sini dan sis rasa cantik Stadiumnya.

    ReplyDelete
  7. Rasanya rata² yg datang ke JB mesti nak singgah stadium ni kan ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)