07 August, 2024

Day 3- Breakfast di Warung Bunda JB

 

Day 3- Breakfast di Warung Bunda JB | Ok kita dah sampai hari ke-3 di JB, actully hari ke-3 ni mean hari kepulangan nieyl dan Syida. Flight kitaorang pukul10.50 pagi, jadi seawal pukul7 pagi kiteorang dah check out hotel dan pergi destinasi terakhir iaitu tempat breakfast sebelum ke airport. Kitaorang ambil flight tengah hari sebabnya dia murah dan kitaorang ada masa yang lama untuk berehat dekat rumah sebab esok harinya Isnin masing-masing bekerja. 

Untuk breakfast kita pergi ke Warung Bunda, kalau korang pergi taip dekat TikTok tu kang keluarlah dia. Masa kitaorang sampai memang parking dalam penuh, parking luar pula tak boleh seberangan parking, tapi kata orang..mungkin dah namanya rezeki kan, dapat parking dalam juga sebab ada customer beransur balik. 

Nampak macam kecik je warung ni tapi makanan dia mai ai..banyakkkkkkk....dia display pun guna dulang-dulang orang lama, memang tradisional betul. Macam-macam jenis kuih ada..

Moden ada, kampung ada pilih jela nak makan apa. Dia ada seksyen nasi lemak, nieyl tak snap gambar lah sebab ramai orang. 

Setiap kuih tu di kepilkan nama kuih dalam dwi bahasa tau, tulisan jawi dan tulisan melayu berserta harga sekali.

Ada kuih sagu merah, kuih buah melaka dan macam-macam kuih kampung ada situ...


Kuih lagii..segala lepat ada di sini..


Pulut panggang ada, koci ada semua kuih dia tersusun cantik je..

Eh..macam kenal je, hehehe..nieyl tengah rambang mata weh nak pilih kuih, xtau nak pilih kuih yang mana satu nii..

Tadaaa..ini hasil tangkap kiteorang bertiga, cukup laa..klu ikutkan nafsu ni tak cukup tapi kalau tengok perut cukup dah ni..Sambil-sambil makan dekat warung ni, dioerang ada band tau, ha..selalu band malam kan yang ini pagi sister, memang best!macam-macam lagu dioerang nyanyi memang layan, kalau ikutkan nak layan lagi tadi kerja masa kang tidur JB lagi la kiteorang ni hehehe...

Ok jumpa next entry...sila jangan bosan lagi hahaha





5 comments:

  1. kuih sago mata ikan warna merah tu memang Faz akak, ada lepat pisang..kalau akak pun rambang mata

    ReplyDelete
  2. Ramainya kuih
    Tentu rambang mata nak pilih

    ReplyDelete
  3. Sukanya tengok vice Warung Bunda ni. Fefeeling macam zaman 50-an, 60-an gituh. Rindunya kat kampung bila tengok pinggan tu. And the best part is tulisan jawi, love sangat!

    ReplyDelete
  4. Cantik presentation nama hidangan tu.

    ReplyDelete
  5. Beraneka kuih muih tradisional ya .. susunan pun cantik

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)