20 August, 2024

Lunch di Duer Cafe Cyberjaya

 

Lunch di Duer Cafe Cyberjaya | Nieyl ingat, nieyl je suka hunting cafe best-best rupanya pegawai nieyl sorang ni pun sama. Jadinya, jumaat lepas dia ajak nieyl pergi cafe sebab dia kata dia baru pergi sekali dan dia nak bawa nieyl makan situ. So, nieyl pun ikutlah.. Seriuslah, nieyl suka betul la masuk-masuk je cafe ni mata memang pusing tengok kelilingi..cantiknya kombinasi warna cafe ni.. Pink + Yellow. 

Cafe ni dia dah setkan meja untuk 2 orang, 4 orang, 6 orang dan ada juga private area dekat belakang sekali tu kalau kita nak buat birthday ke apa ke..boleh request dekat situ. 
Nieyl dengan pegawai nieyl order speghetti dua-dua. Pegawai nieyl order Speghetti Salted Egg dan nieyl Aglio Olio Seafood. 
Kita close up sikit yang ni speghetti Salted Egg yang sumpah sedap, rasa dia tak masin tetapi lemak berkrim telur masin tu memang sedappp..nieyl rasa sesudu je, maybe next time nieyl akan amek yang ni pula.Harga around Rm24-25 macam tu.

Yang ni nieyl punya, dia masak dengan perfect sebab seafood tu tak kering, just nice memang sedap pedas-pedas manja. Udang besar tu pun fresh..Yang ni pun harga pun lebih kurang macam speghetti salted egg tu.

Nieyl add on chicken pop corn korea. Rupanya sos korea ni kan dia masin tapi lama-lama terasa kepedasan dia. Jenuh tau nieyl nak habis kan 1 pinggan ni sebab pegawai nieyl tak makan pedas. Oklah nanti nieyl share lagi kalau ada jumpa mana-mana cafe yang best okay...

3 comments:

  1. Cafe hunting memang best, selalu akak pi ngan dania..kalau suami balik pun pi gak...tapi kena ada Dania la sebab ada ornag amikkan gambar

    ReplyDelete
  2. Hahahaha memang banyaak porsinya yaa. Rasanya harus ada yg takeaway tuh 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)