12 August, 2024

Bawa Extra Bag

 

Bawa Extra Bag | Hari isnin kalau tak bawa extra bag pergi kerja tak sah nieyl ni. Kalau hari-hari biasa nieyl memang akan bawa handbag dan juga bag bekal. Hari ni nieyl tambah satu lagi bag extra untuk ke pejabat. Nak tengok tak apa yang ada dalam bilik milo nieyl tu..

Seminggu 1 cup richman coffee wajib nieyl bawa pergi pejabat sebab kadang-kadang mengantuk nieyl ni jenis tak boleh nak buka mata, so..coffee ni memang membantu nieyl segar sampai habis waktu kerja. Mesti ada yang perasan kan nieyl selalu bawa coffee ni ke mana sahaja, sebabnya dia dalam cup yang senang nak bawa pergi mana-mana, lepas tu gula kita boleh control dan paling best dia guna arabica been yang sangat premium, bau aroma coffee dan rasa coffee dia lain..sedapp....

Semalam petang nieyl pergi Mr. Diy semata-mata nak beli bekas ni 1. Sebab dekat rumah nieyl dah ada satu, jadi nieyl nak bawa pergi pejabat 2 2 bekas ni, untuk letak sesuatu.

Lepas tu nieyl borong gula-gula yang boleh membantu menghilangkan mengantuk ya. Ada 4 jenis nieyl beli, nieyl beli dekat Speedmart dan Mr.Diy juga.


Nampak tak funtion kan bekas yang nieyl beli tu hahaha, nieyl letakkan gula-gula dalam tu jadi sesiapa yang datang tempat nieyl, boleh je ambil. Yela kadang-kadangkan mengantuk ni bukan kita minta, auto datang kan, jadi ada gula-gula ni bolehlah membantu kan. Dari tempat lama lagi nieyl suka letak gula-gula macam ni , sebab pegawai-pegawai yang nak tunggu turn jumpa boss akan duduk sambil makan gula-gula dekat tempat nieyl. Sedekah kecil nieyl untuk sesiapa yang datang bilik nieyl..



5 comments:

  1. Kita sama la akak .. ubat hilang mengantuk ni .. CCL bawa sachet kopi aik cheong tu ..standby .. haritu tu terjah eco beli jajan sikit . Beli cokkat manis, coklat mint .. boleh la kunyah²

    ReplyDelete
  2. Candy tu penting diwaktu mata sedang memberat =D

    ReplyDelete
  3. Dulu2 memang selalu refill benda2 makan macam nie.. Sebab geng2 tech tempat lama dah macam adik2..
    Tempat baru, takde mcm nie.. Semua malu nak amik apa2... Hahaha

    ReplyDelete
  4. sama ngan kak ayu..mesti ada bag extra .. for my tiffin... gula2 tu, adik opis depan kak ayu ni pembekal.. mcm Nieyl la jugak ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)