01 August, 2024

Day 1 - Heritage Walk & Food Street

 

Day 1 - Heritage Walk & Food Street | Harga makan lunch nieyl tu memang terasa mahal pun tapi tak apalah first and last lah makan situ hehehe, Selepas lunch, nieyl singgah Mall untuk solat dulu dan sempat tukar dari dress ke seluar. Nieyl memang pakai outfit mix and match kalau rasa tak selesa ke apa kan. Destinasi seterusnya adalah Heritage Walk, area sini memang nieyl nak pergi untuk pusing-pusing tengok kedai-kedai sepanjang jalan dan ber OOTD je..

nieyl share sikit OOTD nieyl area heritage Walk ni, kalau yang mana suka ber OOTD macam nieyl dan tak kisah berpanas, korang boleh pergi sini.. nieyl dekat sini tak lama dalam 1 jam lebih kurang. Betul-betul berjalan kaki menikmati pemandangan lukisan dinding dan juga banyak cafe-cafe best yang ada dekat situ tapi disebabkan baru lepas lunch so, nieyl memang tak ada singgah cafe pun. 

Salah satu lot kedai yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang menjala sekali pandang tu macam kedai yang dah lama ditinggalkan tapi itulah konsep kedai tu nak nampak ala-ala dalam hutan kehijauan.

Kedai kopi pun nieyl suka tengok sebab cat dia warna putih, sepanjang pagar tu semua pokok hijau, kalau dari seberang tu memang nampak cantik .

Inilah buddies Travel nieyl sekarang. Yang lemah lembut tu syida dan yang hijau tu afika. Umur kiteorang bertiga ni tak sama. Yang paling adik adalah afika dan yang paling senior nieyl dan syida tengah-tengah..Disebebkan kita bertiga jadi kena lebih kreatif kalau nak ambil gambar bertiga dalam 1 frame. Kalau gambar atas ni, handphone diletakkan di celah-celah pokok...asalkan dalam shoot yang cantik tu ok la kan buat kenangan.

Ok next entry...







4 comments:

  1. Macam seram pulak lot kedai yang penuh pokok2 menjalar tu

    ReplyDelete
  2. OOO tau area ni...sini panas kan...tapi demi sebuah ootd yang cantik apapun sanggup ye tak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)