09 August, 2024

Sharing Itinerary Nieyl Ke JB 2024

 

Sharing Itinerary Nieyl Ke JB 2024 | Seperti yang nieyl janjikan yang nieyl akan share Itinerary nieyl sepanjang berada di JB. Walaupun 3 hari 2 malam pada nieyl perlu ada perancangan yang baik supaya percutian singkat nieyl ni menjadi lebih bermakna. Kebiasaannya kalau bab jalan-jalan ni memang nieyl yang akan uruskan dia punya perjalanan. Dengan kawan-kawan ke, dengan family ke sama sahaja. Master mind dia adalah nieyl, sebab nieyl suka penuhkan masa dengan aktiviti.

Ok tak yah nak membebel lagi, jom nieyl share dengan korang Itinerary yang nieyl sediakan untuk kitaorang bertiga buat sepanjang 3 hari di JB. 

Untuk hari pertama ni, hanya satu tempat sahaja yang kiteorang tak dapat nak pergi iaitu dinner dekat BigFood sebabnya masa kitaorang lalu restoran tu sangat ramai orang dan kitaorang decide untuk order makanan dan makan dalam hotel sahaja.

Untuk hari kedua ni 3 tempat yang kitaorang tak pergi, sebab apa?kesilapan adalah petang tu kitaorang decide untuk balik hotel berehat sekejap. So, kalau dah berjalan, kau balik hotel memang tak ada maknanya kau nak keluar balik..hahaha..so, sad tau time ni sebab hati nak pergi tapi badan tak nak bergerak. So, next time please kalau dah keluar tu jangan mengada-ngada nak balik hotel, sebab lepas tu memag persen nak keluar tu sangatlah tipis hahaha.. Tapi tak ada, next trips dah warning dah dekat diri sendiri dan juga syida afika..tak boleh balik hotel selagi belum malam hahaha.

Tapi kiteorang habiskan masa dekat hotel dengan bersembang, gelak ketawa, tengok sukan olimpik bagai..lepas tu siapa tidur dulu malam tu, kita akan snap gambar hahaha..seperti biasalah, nieyl orang terakhir yang tidur, yang pertama Syida sebab memang time dia tidur setiap hari 9.30 malam..hahaha so, kalau nak whatsapp dia selalunya sebelum waktu tidur dia. . Selalu kena perli kalau kiteorang lepak luar lewat malam hahaha, dia dah tak aktif waktu-waktu tu , tapi dia tidur awal tu sebab pukul5 atau 5.30 tu dia dah bangun buat solat sunat, solat tahajud bagai..bagus dia kan..nieyl ni bangun solat subuh je adoi la..

Untuk hari ke tiga tu on track lah sebab cuma pergi breakfast dan ke airport terus. Tapi kan walaupun waktu singkat, nieyl puas hati dengan perjalanan bercuti dekat JB ni. Perbelanjaan Tiket pergi dan balik RM85, Hotel RM80 dan perbelanjaan makan minum 3 hari tu RM150, total perbelanjaan keseluruhan adalah RM315 lebih kurang. Sebab bajet nieyl makan minum dekat sana RM200 cmtu, tapi ok la kurang dari bajet. So, kitaorang bertiga dah bincang destinasi tahun depan untuk bercuti...Cuba teka nak pergi mana pula??

Itinerary nieyl ni sesiapa nak guna, boleh guna tau. nieyl halalkan untuk rujukan kalau nak pergi ke JB tak tahu nak pergi mana kan..tak yah fikir-fikir dah nak pergi mana, korang pergi tempat yang nieyl share ni InsyaÁllah korang puas hati juga..

Ok bye-bye JB...

6 comments:

  1. Teringin nak pergi tu stadium JDT.

    ReplyDelete
  2. Nampak lengkap terusun dengan cantik.. lepas ni dah boleh buat itinerary pergi ke tmpt lain pulak :D

    ReplyDelete
  3. tq..bagus nya. senang mcm ni kann

    ReplyDelete
  4. Tenkiu share iternary ni . Berguna sangat tau .. CCL pun dalam plan nk jejalan je Johor ni .. betul kalau dh balik bilik hotel nak keluar tu memang confirm² rasa malas dan letih

    ReplyDelete
  5. Sangat membantu itinerary Nieyl tu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)