01 August, 2024

Day 1 - Loaf Adam Cafe

Day 1 -  Loaf Adam Cafe | Dah penat-penat berOOTD dekat Heritage Walk tu, kitaorang terus pergi ke Loaf Adam, ok cafe ni actually pilihan afika..dia kata teringin nak pergi cafe ni walaupun duduk sana dia belum pernah lagi jejakkan kaki ke cafe baru ni. Jadi, nieyl ok jela sebab memang dalam plan nieyl nak cari cafe untuk lepas minum. Sampai-sampai je muka dah kecewa dah, sebab table full.. muka dah masam dah ni, hahaha..masa tengah beratur nak tapau tu tiba-tiba table depan nieyl tu baru bangun, tak pusing kiri kanan dah, syida terus duduk hahaha.. muka terus ada senyumm...

Sekarang ni suka sangat ambil gambar tutup muka hahaha..ngada-ngada kan..style la sikit asyik OOTD ambil gambar nampak muka je kan..sesekali macam ni apa salahnya hahaha...

Konsep travel kitaorang memang banyak benda yang kitaorang sharing. So, macam pastries ni memang kita beli 2 ketul sahaja sebab besar ya kawan-kawan lagipun kiteorang lebih kepada baru nak mencuba rasa pastries dekat cafe ni. Pistachio Croissant dan Streaky beef sweet Onion. Nieyl paling suka Pistachio Croissant dia, terpaling sedappp... dan bukan nak over claim tau tapi memang rasa dia berbeza dengan yang kita makan..


Bila tengah makan-makan, nieyl terpandang dekat kaunter staf baru keluarkan Cromboloni matcha yang memang si afika teringin sangat nak rasa. Dia dah pandang-pandang juga tapi bila tengok orang beratur sampai ke luar kedai dia macam berbelah bahagi, tapi nieyl cakap kalau nak, beratur jela hahaha,so dia pun beratur untuk mendapatkan 1 Cromboloni dia tu. Finally dapatlah dia makan, tapi nieyl buat rasa je la sebab nieyl kurang sikit kalau bab manis-manis.

Macam nilah suasana cafe ni sentiasa penuh dengan orang, actually kan ada je yang tengah tunggu turn nak masuk dalam cafe ni, tapi ada juga yang take away juga. Sebab mana ada orang duduk makan dekat cafe 10-15 minit hahaha, paling tidak pun 1 jam or 1 jam setengah hihihi..


ini antara pastries dia yang ada dekat cafe tu, ada macam-macam bentuk, macam-macam flovour tau.
Kalau ada rezeki, nak datang cafe ni lagi sebab masih teringat-ingat kesedapan Pistachio Croissant dia tu..alahaii...

Loaf Adam
30 2,2, Jalan garuda
Larkin Jaya
80350 Johor Bahru, Johor

4 comments:

  1. Ooo...ni la cafe yang akak x jadi masuk tu...sebab penuh..xde table langsung..malas nak tunggu lama

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar pun sedap.. Terus teringat suka dessert dekat selayang nie.. Hari2 pun orang beratur panjang.. Tak tau kenapa... Pernah juga masuk, tapi dessert dia biasa2 je... Ke dah ada yang baru

    ReplyDelete
  3. wahhhh suka betul lah konsep cafe mcm ni! mmg trend ootd pic tutup muka cmtu kan Nieyl hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)