Day 1 - Sunset di Marine Beach Cafe | Salah satu punca tercetusnya idea nak pergi jalan-jalan JB ni adalah nak tengok sunset. Sebab dekat belah JB ni banyak pandai-pandai pantai-pantai yang cantik, pemandangan yang cantik dan sesuai dengan jiwa nieyl yang memang suka OOTD ni hahaha.. Kalau search memang banyak tempat dekat area JB ni yang boleh kita tengok sunset. Nieyl pun masa buat research tu adalah 2 ke 3 tempat yang nieyl listkan, cuma Marine beach ni lebih menarik minat nieyl.
Cumanya untuk ke Marine beach ni, kena banyak sikitlah berjalan sebab akan masuk kawasan hotel/apartment . Untuk parking kereta pula nieyl sarankan parking dalam Mall yang bertentangan dengan Marine Beach ni lebih selamat dari parking tepi-tepi jalan tu. Kalau tak silap nieyl, parking mall tu per entry je.
Masa on the way nak pergi Marine beach tu, nieyl tertarik sangat dengan bangunan belakang tu yang tinggi-tinggi dan kebetulan view dia tu nampak macam oversea, so..nieyl saja je la snap gambar dekat situ berlatar belakangkan bangunan tu..cantik kan?
Nieyl sampai awal dekat pantai dalam pukul5 petang, jadi matahari memang terpacar ke muka ya kawan-kawan sebab tu kena tukar spek mata. Belakang nieyl tu adalah apartment tau, yang betul-betul viewkan laut dan pantai..nieyl suka view nii..
Masing-masing pakai sport shoes so, tak boleh nak ke tepi pantai sangat, jadi kita buat rasa-rasa je la berOOTD tepi pantai ya. Afika dengan tripod ke sana ke sini, sebab kitaorang ada buat trend tiktok hahaha..nanti nieyl share link dia ya..hehehe..
Ini port lepak kitaorang sementara nak tunggu sunset, berlatar belakangkan laut dan kapal-kapal di parking dekat situu... Yang kelakarnya, masing-masing excited nak naik buai ni tapi takut tahan ke x dengan berat badan lagi-lagi nieyl la hahaha..tapi so far tahan dan best dapat duduk atas buai sambil cafe pasang lagu-lagu best..memang betul-betul healing tau..
Snap sekeping untuk kenang-kenangan ala healing tanpa suami di sisi hahaha..padahal time ni husband nieyl sent whatapps bagitahu dia happppy sebab dapat tdur golek-golek atas katil tanpa sempadan.. hampeh betul.. dia siap hantar voice menyanyi tau tak..saja je nak menyakat nieyl. Bosanlah tu tak ada orang nak gaduh dengan dia.
Dah lama dah nieyl nak pose dengan pokok kelapa tepi pantai macam ni. haha..kebetulan pula nieyl pakai baju pink tu kan, naik pula gambar dia tu kan. Bayang-bayang orang tu si Afika la tu dia yang rajin dok suruh nieyl pose sana sini.
Rindunya pandaii pantai, kan bestkan hari-hari boleh dapat view ni sampai jemu..hahaha..Matahari tu tegak tu
Ni view dari jauh, nampak tak cantikkan bangunan tu sebenarnya dia macam ala pantai miami.. so, kalau siapa yang nak pergi JB tu, korang pergilah sini...cantikkk...
Adoi..syida snap gambar muka penuh dengan nur cahaya ni hahaha..Kalau nak letak sini, boleh je tapi support lah juga cafe tu tau, dieorang dah sediakan tempat yang selesa dan cantik ni kan, macam kitaorang pada awalnya memang tak nak beli apa-apa pun sebab lepas ni tengok sunset nak pergi makan malam..
Tapi last-last masing-masing kehausan mengadap matahari tu, belilah air tenaga kononnya..apo..air gas weh..100 plus ya kawan-kawan sebab harga dia boleh tahan hahahaha ini je kitaorang mampu nak support cafe tu hahaha..
Masa ni sunset dah pun melabuhkan tirainyaa..actually afika ada record , awal sampai akhir..cuma nieyl belum lagi post dekat TikTok..Nanti nieyl update dekat TikTok...
Cantikkan pemandangan malam dia, masa ni nieyl dah bergerak tinggalkan beach dah..Alhamdulillah.. apa yang nieyl plan hari jumaat tu berjalan dengan lancar. Dan time ni dah tak selesa sangat dah sebenarnya nak berjalan-jalan lagi, yela dari pukul12 sampai JB, sampai pukul9 malam tak mandi, tak salin baju hahaha..masuk je dalam kereta, masing-masing dah kepenatan nak pergi dinner. Tengok pula tempat dinner tu ramai orang, terus kitaorang balik hotel dan order Grab je hahaha..makan dalam hotel je dan berehat, simpan tenaga untuk berjalan hari ke-2 pula...
Ok sekian cerita nieyl untuk hari pertama di JB, insyaÁllah nanti nieyl sambung untuk Day-2 pula okay..
Apa khabar Nieyl.. Cantik betul kawasan hotel dan gambar-gambar tepi pantai.. Sis rasa teracun dan terus masukkan dalam wishlist untuk ke sana.. Gambar bangunan seperti di Dubai, seriously lawa.. Thank you for sharing, menambah ilhamku untuk berjalan-jalan..
ReplyDeletegirls day out ke ni...nice view memang sesuai utk jenjalan cari ketenangan..i need a beach haha
ReplyDeleteCantiknyaaaa...apesal akak x tau wujudnya tempat ni...x leh jadi ni..nak kena pi jugak nanti ni
ReplyDeleteNieyl... Pandai pun boleh lah... Hihihi..
ReplyDeleteSeronok suami tu, boleh conquer katil sorang2...
hahaha~tq linda tegur..adoi la itula bila confident sgt menaip hahaha
DeleteBaguuus pilihan warna baju kak nieyl. Pink nya nampak hidup di foto. Apalagi dengan background warna pantai di belakang 👍👍
ReplyDeleteWahh .. cantiknya gambar-gambar .. pandai cari sudut yg buatkan gambar lagi auto cantik
ReplyDelete