21 August, 2024

TheNoor Coffee di Tamarind Square


TheNoor Coffee di Tamarind Square | Dah lama tahu dah yang TheNoor Coffee ni dah ada dekat Cyberjaya tu tapi tak berkesempatan nak pergi merasa coffee dia lagi. Minggu lepas kan nieyl ada pergi makan dengan pegawai nieyl tu, sebelum balik office tu kitaorang singgah kononnya nak tapau coffee dengan cake je makan dekat office sekali tu ubah fikiran kita nak lepak sekejap dekat cafe dia ni. 

Kalau nama pun kedai coffee ni kan dia punya makanan dan minum tu sama je bezanya rasa cake dan coffee dia tu. So,decoration dia pun minimalis, nieyl suka tak serabut sangat simple je. Mainan lampu tu yang buat cafe ni cantik.

Kali pertama ni nieyl try spanish latte ice dia. Selalu nieyl minum yang zus punya, kali ni nieyl try TheNoor punya pula. Hurm..totally nama je sama tapi rasa dia thenoor punya coffee ni strong rasanya.  Sedap untuk korang yang suka bau coffee dan rasa yang strong. 

Pegawai nieyl order Mocha, memang rasa dia strong.. Selain dari coffee, ada macam-macam jenis cake yang nampak sedap, tapi memang sedap pun cake-cake dia. Pegawai nieyl dah pernah rasa semua cake TheNoor, so..dia pun cakap cake dia sedap. So, nieyl try Macadamia Cheese Cake dan Peanut butter Chocolate sumpah sedappp...Cuma harga dia keras sikitlah macam cake sepotong tu RM15.90.. next lah nieyl nak try cake dia yang lain pula..

Korang dah pernah try ke?



1 comment:

  1. Kalo kopinya lebih strong, saya pasti sukaaaa 😍😍. Kue dia pun nampak sedap ❤️. Cocok sebagai teman kopi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)