Day 2 : Warong Tokyah @ The Kuarters JB | Ok jom nieyl sambung cerita tentang hari ke-2 nieyl berada di JB dan ke mana destinasi yang nieyl akan pergi. Malam hari pertama sebelum tidur tu dah plan dah nak bangun awal dan keluar hotel pukul7 kononnya. Sudahnyaa.. pukul7.45 pagi macam tu baru kitaorang turun hotel untuk pergi breakfast. Pilihan breakfast kali ini kita pilih warong tokyah untuk breakfast.
First yang korang perlu tahu kalau nak pergi breakfast dekat sini, sila datang seawal yang mungkin ya. Sebab warong tokyah ni dibuka seawal 6.30 pagi kalau tak silap nieyl. Masa nieyl sampai situ dalam pukul8.10, itupun dah ada satu trips masuk untuk breakfast dan dia ada sediakan kerusi untuk kita duduk menunggu turn. Dekat sini dieorang akan bagi nombor siap-siap untuk turn.
Kitaorang masa tu dapatlah no.6. belakang-belakang kitaorang tu ramai lagi tau sampai no. belas-belas.. Tapi kan, kalau nak pergi makan tempat-tempat yang sedap dan viral ni kan kena banyak bersabar tau, even nieyl sendiri pun masa tu memang dah ada rasa sikit-sikit angin juga tau hahaha..bila dah 30 min menunggu, nombor tak bergerak-gerak, siapa je yang tak angin kan tapi memang sabar lagi.. Tiba-tiba ada sekumpulan tu dia pegang no. 2, dieorang macam dah kecewa sangat sebab mungkin dieorang tunggu lagi lama dari nieyl, jadi dieorang angkat kaki. Nombor dia tu dia pas dekat orang selepas dia, dan nieyl pula dapat no.3 masa tu, Alhamdulillah lepas 10 minit pegang no.3 tu kitaorang dipanggil untuk masuk dan makan.
Muka yang nak marah tu tak jadi sebab depan mata dah dapat makanan hehehe. Pagi tu nieyl memang pesan dekat syida ngan afika, pagi ni je kita makan nasi lepas ni memang tak makan nas. Jadi, kiteorang bertiga semua makan nasi lemak dan adalah ambil semua sikit-sikit untuk rasa-rasa je.
Baru nieyl perasan , dekat JB ni pagi-pagi dah ada sate ya..kalau nieyl biasanya sate-sate ni kita akan makan malam, tapi dekat JB ni pagi-pagi memang ada menu sate. Tengoklah makanan yang diambil yang dikatakan sikit tu kan, yang nak makan 3 mulut je hahaha
Dekat warong ni semua makanan dia tersusun cantik, kemas dan bersih. Banyak sangat pilihan yang ada dari kuih tradisional ke moden semuanya ada dekat situ. Dan korang jangan risau, makanan dekat situ memang banyak kalau korang datang pagi macam nieyl tu la ataupun awal, kalau datang pukul11 ke 12 banyaklah makanan dia yang dah habis.
ini salah satu yang nieyl suka, tauhu begedil dia ni memang padat dengan isi dan daging tak kedekut, dan yang best makan dengan cili api dia..peh!yang ni nieyl ambil 3 ketul hahaha.
nampak tak, macam-macam jenis kuih yang ada. Table dessert pun ada sebelah sana, tak sempat nak snap sebab orang dah ramai, lepas tu tangan pun penuh dengan pinggan nak ambil makanan.
Lepas korang dah ambil makanan, korang kena beratur untuk bayar dulu sebelum letak makanan dekat meja yang telah ditetapkan. Kalau 2 kali korang ambil makanan, maknanya 2x juga lah korang pergi bayar dan air order je dekat kaunter bayaran nanti dieorang akan hantar dekat meja kita.
Air kita akan dihidangkan dalam bekas lama-lama dulu, cute..Kalau rasa tak habis tu, angkat je air bungkus tu bawa balik. So far makanan dekat sini semuanya sedap-sedap dan harga pun oklah pada nieyl sebab nieyl bayar rm39 untuk 3 orang. Itupun makanan yang kitaorang ambil tu tak habis pun, kiteorang take away untuk bawa balik hotel nanti. Cumanya kalau warong tokyah ni guna sistem masa pun lebih bagus supaya orang yang menunggu ni tak perlu tunggu masa yang lama sampai angkat kaki. Nieyl rasa tak ada masalah pun kalau guna sistem masa, maksudnya setiap meja limit masa makan 30-45 minit pun dah cukup. Kedai-kedai macam ni tak sesuai untuk jadi tempat melepak berjam-jam, kesian dekat orang yang tunggu turn tu. Sebab tu nieyl pesan dekat adik-adik ni kita makan 30-40 minit je lepas tu kita bangun, bagi orang lain pula masuk. Sebab memang betul pun kalau korang datang untuk makan sahaja, dia takkan ambil masa yang lama pun tapi kalau datang nak makan, lepas memang 1 jam pun tak cukup sis hehehe..
Oklah, kalau korang teringin juga nak pergi ke warong tokyah ni, nieyl share address dan location dia cumanya parking tu kena hati-hati lah sebabnya kalau jalan tepi-tepi tu selalu kena saman hihihi..sebab hari tu kiteorang pun kena juga hahaha..ingat tau..
The Kuarters, JKR 2384,
Jalan Pahlawan, Yahya Awal,
80100 Johor Bahru, Johor
Sini pun akak pernah sampai tapi masa sampai tu Closed sebab diornag ada event, so next time la kena pi lagi
ReplyDeletenampak menarik susunan kuih muih nya. lama betul tak ke JB. last pergi tahun 2006 kot sebab kursus selalu buat kat sana masa tu.
ReplyDeletekalau bab sate, bukan takat JB je, area johor memang kitorang selalu sarapan sate.haha..ni kat serdang ada kedai makanan johor sate 7 pagi. lepas gian makan kat sini kadang tu bila rindu menu johor
Cara penyajian mengingatkan saya dengan bungkus kaw Kaw yg banyak di KL 😄. Yg warung tokyah ini pun nampak sedap juga. Semogalah nanti bisa ke JB juga
ReplyDeleteCantiknya food presentation macam nii . Nampak kemas tersusun ..
ReplyDelete